SANDAKAN – Situasi pandemik Covid – 19 yang dihadapi terutama sekali di Malaysia yang kini berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), telah membuat ramai orang melakukan perkara – perkara lebih jauh kehadapan dan kreatif. Ini termasuk menggunakan segala sumber serta kemudahan yang sedia ada dengan bijaksana dan sepenuhnya serta bertindak mengikut keadaan semasa.
Begitu juga halnya
dengan Kerasulan Belia Keuskupan (Diocesan Youth Apostolate) Sandakan, yang
terus mengorak langkah pelayanannya dengan program alam maya yang diadakan buat
kali kedua iaitu Adorasi dan “Benediction” yang diiringi dengan lagu – lagu
Taize pada 1 Julai 2020 dengan intensi khas iaitu “Penyembuhan dan Harapan bagi
Covid-19”. Meskipun ada masalah teknikal
yang berlaku pada awal siaran, namun itu tidak menghalang umat yang mengikutinya untuk terus setia dalam doa ini sehingga
akhirnya.
Semoga, program
seumpama ini, melalui inisiatif DYA dapat membawa semua sahabat seiman bersama
ahli keluarga masing – masing, di mana sahaja mereka berada untuk bersama –
sama dalam kesempatan ini, meluangkan masa bersama Yesus selama satu jam.
Semoga kesatuan umat dalam doa dapat membawa kemenangan dalam mengakhiri pandemik Covid-19
ini.
1 Tawarikh 16:11
"Carilah Tuhan dan kekuatan-Nya, carilah wajah-Nya selalu!"