Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 30, 2020

MENJADI DUTA - DUTA KECIL YESUS SEMASA PKP - Bahagian 4

TUHAN ITU SETIA, TUHAN ITU BAIK, TUHAN ITU BERSAMAKU, TUHAN ITU ADALAH UNTUK KU


Salam damai dan terima kasih atas jemputan untuk memberi perkongsian di ruangan ini. Nama saya Airene A. Gumanas @ Anne (Nama Sakramen Penguatan). Tempat lahir di Sandakan. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan di Telupid dan melanjutkan pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan di Sandakan. Setelah tamat Tingkatan 5, saya melanjutkan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta dalam jurusan Sains Komputer dan Perniagaan. Tahun ini merupakan tahun yang ke 10 bertugas di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.

Sejak PKP diannounce pada 18 Mac, semua orang diminta duduk dirumah. Namun, Ko tetap menjalankan tugasan sebagai staf. Apa yang membuat Ko untuk meneruskan tugasan sebagai staf? Ko tidak takut dengan keadaan pada masa itu?

Kalau boleh, saya mahu ‘stay’ di rumah sahaja #stayathome #staysafe. Namun, ada tugasan dan pelayanan yang perlu saya jalankan. Berbekal dengan doa, harapan dan fikiran positif, saya kuatkan hati dan semangat, percaya Tuhan Yesus menyertai dan melindungi saya dari segala bahaya terutama sekali ‘musuh yang tidak kelihatan’ ini. Saya berdoa Rosari, memohon bantuan doa daripada Bonda Maria agar Bonda Maria menyertai, melindungi dan mendoakan saya serta orang-orang di sekitar saya.

Apa yang paling mencabar bagi Ko?

Perkara paling mencabar bagi saya ialah ketika sumber makanan berkurangan dan harus keluar untuk membeli barang-barang keperluan. Setelah sebulan menjalani PKP, perasaan ketika keluar dari rumah, perasaan takut yang mencurah-curah. Seolah-olah ‘the unseen enemy’ itu ada di kiri dan kanan, depan dan belakang saya. Sebelum keluar dari rumah, saya berdoa agar pergi dan kembali dengan selamat. Perasaan seperti pergi berperang. Ketika tiba di ‘supermarket’, saya menjalani proses seperti yang saya lihat di media elektronik. Saya seperti tidak percaya bahawa saya melalui semua itu. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Saya juga takut tidak dibenarkan masuk untuk mendapatkan bekalan keperluan, takut-takut sahaja kalau suhu badan melebihi dari paras normal. Doa, doa dan doa, itulah yang saya bawa setiap saat.

Apa yang paling menyentuh hati Ko semasa menjalankan staff semasa PKP?

Sepanjang tempoh PKP/PKPB, Rumah Ibadat pada ketika ini ditutup bagi umat awam. Oleh itu, tidak ada Misa Kudus mahupun aktiviti kerohanian dijalankan. Perasaan ketika mengikuti ‘Online Broadcast Mass’ buat pertama kali, sangat berbeza sekali jika dibandingkan dengan menghadiri Misa Kudus seperti sebelum PKP. Rindu mahu hadir ke Gereja dan menerima Tubuh Kristus. Suatu pengalaman dan perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Terdahulu, Paderi Paroki memaklumkan dengan saya bahawa saya dikehendaki untuk bersedia untuk ‘handle’ hal-hal teknikal ‘Online Broadcast Mass’ untuk ‘Easter Triduum’. Sesuatu yang baharu bagi saya. Hati saya berdebar dan risau, ‘Bolehkah saya lakukan ini?' Oleh sebab PKP, pergerakan yang amat terhad dan peralatan yang diperlukan tidak lengkap, saya merasa keseorangan pada masa itu dan sedikit ‘overwhelmed’. Setelah lama tidak mempraktikkan apa yang dipelajari, saya bermula dari ‘0’. Walaupun ‘struggle’, saya bersyukur dan menghargai pengalaman ini. Saya berdoa dan berharap, dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, saya dapat menjalankan tugasan ini dengan baik. Saya amat bersyukur dan berterima kepada DIA kerana berkat dan rahmatNya, beberapa orang rakan saya, dekat dan jauh, banyak membantu dalam membuat ‘setup’ sehinggalah ‘Online Broadcast Mass’ dapat dijalankan. ‘May God bless each and everyone of you abundantly.’ Setelah itu, satu lagi 'mission impossible' saya terima iaitu ‘Listen Live’ Internet Radio Rohani Paroki; juga bermula dari '0'. Proses penyediaan memakan masa hampir seminggu. Hampir 'give up', namun atas dorongan dan kata-kata semangat daripada sahabat handai, semuanya dapat diatasi dengan baik.

Saya merasa lega kerana dapat menyudahkan kedua-dua ‘mission impossible’ ini. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan juga ‘rooms for improvement’. Pepatah mengatakan 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.' ‘It is never too late to learn something new’.

Saya juga merasa bersyukur kerana adanya Gereja yang mengambil berat akan umat sejagat; ‘regardless of’ agama, bangsa dan negara. Melalui ‘Parish Human Development Ministry’/Pelayanan Pembangunan Insan Paroki dan pihak NGO, saya amat tersentuh dengan rakan-rakan sepelayanan yang berusaha untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dalam perkara ini, saya mempelajari sesuatu; pelayanan seperti ini amat baik, namun harus mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Gereja dan pihak Penguatkuasa Tempatan agar penyelarasan misi bantuan dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Saya berdoa untuk semua rakan sepelayanan agar mereka diberikan perlindungan semasa membuat misi. Begitu juga dengan mereka-mereka yang ‘dilayani’ (‘I have come to serve, not to be served’ - Matthew 20:28).

Apa yang Ko syukuri Dan harapan Ko? 

Saya rasa bersyukur atas segala apa yang saya ada pada saat ini. Walaupun berjauhan dengan ahli keluarga, dapat berhubung melalui panggilan telefon mahupun ‘video call’ serta pesanan teks melalui aplikasi ‘Whatsapp’, cukup untuk mengubati perasaan rindu dengan mereka. Semoga doa dan harapan saya dikabulkan oleh Tuhan Yesus terutama sekali di masa pandemik ini, semua ahli keluarga saya sihat dan diberkati selalu. Begitu juga dengan rakan-rakan sekerja dan sepelayanan - ahli-ahli Tim DYA dan PYA dan juga semua belia di Paroki. Saya amat merindui suasana pelayanan sebelum pandemik. Keadaan masa kini tidak lagi sama seperti dahulu. Begitu juga dengan pelayanan. Dengan norma baharu ini, marilah kita gunakan kecanggihan alat komunikasi/media sosial yang ada dengan baik demi kemuliaanNya dan mengamalkan SOP yang disaran oleh pihak berkuasa untuk kebaikan diri dan juga orang lain. Saya juga berdoa agar para Saintis dapat menemukan vaksin dan kehidupan kembali seperti biasa.

Apakah jemputan Tuhan untuk Ko sebagai staf, as a human being dalam situation ini?

‘I am the servant of the Lord. May it be done to me according to your word’ - Luke 1:38.

3 comments:

  1. Thanks for a wonderful share. Your article has proved your hard work and experience you have got in this field. Brilliant. I love it reading.
    interior design companies in dubai

    villa design contractors in dubai

    ReplyDelete
  2. Thank you a lot for sharing this with all of us you really understand what you are talking approximately! Bookmarked. Please additionally visit my website
    mep consultants in uae
    structural consultants in Dubai

    ReplyDelete
  3. Hey what a brilliant post I have come across and believe me I have been searching out for this similar kind of post for past a week and hardly came across this. Thank you very much and will look for more postings from you.
    dtcm permit | dm approval | dda dubai

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent