Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 28, 2019

PERAYAAN MISA KUDUS DAN BERKAT RUMAH DI KKD ST. BENEDICT

Gambar : Team KKD St. Benedict
Laporan : Lucy Francis

Sandakan: Salah satu keluarga Komuniti Kristian Dasar (KKD) St. Benedict telah memohon agar mengadakan Misa Kudus dan sekaligus memberkati kediaman mereka.
Perayaan Misa Kudus telah diadakan pada 8 November 2019 pada jam 7.30 malam, di rumah Richard Jaikim, salah satu keluarga Katolik di Taman Sri Rimba. Misa Kudus ini dirayakan oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus dan dibantu oleh Diakon Stephen Esguerra dan Seminarian Jescie Petrus, serta dihadiri lebih kurang 50 warga KKD St. Benedict.
Dalam homili Rev. Fr. Christopher, beliau yang mengaitkan pembacaan injil yang dipetik dari (Lukas 16: 1–8) yang menyatakan tentang anak-anak di dunia lebih bijak berbanding dengan anak-anak terang. Beliau menjelaskan juga tentang siapakah golongan anak-anak terang yang sama maksudnya dengan anak-anak cahaya?, mereka inilah dianggap sebagai pengikut Yesus yang mengikut ajaran Kristus, dan menghindari atau meninggalkan perkara-perkara yang tidak mengikut ajaran Kristian. Ahli-ahli KKD yang hadir misa itu juga dianggap sebagai anak-anak cahaya.
Selepas Misa Kudus, Pengerusi KKD St. Benedict, Paulina Francis telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada tuan rumah dan juga kehadiran semua ahli KKD yang memberansangkan dengan sikap kerjasama dan penuh komitmen. Richard Jaikim selaku tuan rumah sempat memberikan ucapan terima kasih atas kehadiran Rev. Fr. Christopher yang telah mengadakan misa serta memberkati rumah mereka. Beliau seterusnya menyampaikan terima kasih kepada semua ahli KKD yang hadir pada malam itu.
Richard Jaikim memberikan ucapan
Acara diteruskan dengan gambar bersama disusuli doa makan malam yang dipimpin oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus. Acara selesai sekitar jam 10.30 malam. Tuhan Memberkati.
Ahli keluarga Richard Jaikim bersama Rev. Fr. Christopher Ireneus

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent