Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 9, 2019

“Belajar Melangkah” Permulaan SOCCOM Misi Paitan

Artikel oleh Omik

PAITAN – Kehadiran rombongan Komisi Komunikasi Sosial Keuskupan (SOCCOM) telah membawa nafas baru kepada penulisan berita di Misi Paitan. Program yang bertajuk Bengkel Singkat Asas Penulisan dan Gambar telah berlangsung pada 2hb dan 3hb Mac 2019 di Pusat Misi Paitan, St. Francis of Assisi, Kg Sukang.
Sdra. Leonard Sabinus, Pengerusi Komisi SOCCOM baharu mengongsikan pengalaman beliau.
Ahli-ahli SOCCOM Paroki Katedral St.Mary, Sandakan dan Paroki St. Martin, Telupid telah mengongsikan pengalaman mereka kepada 12 orang peserta yang datang dari Chapel St. Petrus Kg. Tawanan, Chapel St. Francis Kabrini Kg. Lubang Buaya dan gereja tuan rumah sendiri iaitu Gereja St. Francis of Assisi, Kg. Sukang.
Sdra. Dalius L. Lobinjang menyampaikan sesi kepada peserta
Mantan pengerusi SOCCOM Keuskupan Sandakan, Sdra. Dalius L Lobinjang turut hadir memberikan tip perkongsian tentang penulisan artikel. Dalam sesinya, beliau mengatakan penulisan artikel dan pengambilan gambar ini bukanlah suatu perkara yang sukar, dan perlu seiring dalam pelayanan untuk memuliakan nama Tuhan Yesus. Beliau menegaskan Santo Petrus walaupun adalah seorang nelayan tetapi mampu mewartakan karya penyelamatan. Di dalam gurauan, beliau memberi semangat, “Lebih mudah kita memberitakan Kerajaan Allah sampai ke hujung dunia pada zaman sekarang melalui pen dan gambar berbanding dengan Santo Petrus seorang nelayan.” Selain daripada itu, ahli-ahli komisi Soccom yang lain juga turut mengongsikan pengalaman melalui perbincangan kumpulan dan sesi soal-jawab.
Sdra. Romeo Francis mengongsikan cara-cara untuk mengambil gambar yang betul
Rev. Fr. Thomas Makajil, Paderi Penguasa Misi Paitan dalam ucapan penutupannya, beliau berharap agar SOCCOM Misi Paitan selepas ini akan berani menyahut cabaran seterusnya mula melangkah dan tidak mudah hilang semangat. “Seperti kanak-kanak yang mula belajar berjalan, walaupun sering kali terjatuh, namun dengan usaha akhirnya dia dapat berjalan sendiri.”
Sdra. Leonard menyampaikan vest SOCCOM kepada Rev. Fr. Thomas Makajil
Berbekalkan harapan dan semangat baru ini, SOCCOM Misi Paitan akan disusuli dengan penubuhan ahli jawatankuasa seterusnya memulakan langkah demi langkah dengan memberitakan program-program yang dilaksanakan di Misi Paitan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent