Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Saturday, February 27, 2016

REKOLEKSI DAN MESYUARAT KOMISI PELAYANAN HIDUP KELUARGA KEUSKUPAN SANDAKAN

Oleh Julita, SOCCOM Tawau
Tawau : Seramai 12 ahli Komisi Pelayanan Hidup Keluarga telah mengadakan Mesyuarat pertama bagi Tahun 2016 bertempat di bilik Konferens Gereja Holy Trinity Tawau  pada 12hb dan 13hb Februari 2016.
Mesyuarat bermula pada petang Jumaat 12hb Februari 2016 jam 3 petang hingga 5.30 petang.
Antara perkara yang dibincangkan ialah:

  • Laporan aktiviti setiap paroki
  • Evaluasi ke atas aktiviti Komisi Pelayanan Hidup Keluarga sepanjang tahun  2012 -2015
  • Penghasilan buku panduan peringkat Keuskupan untuk umat yang berkahwin dalam Gereja dan juga panduan kepada jurugambar.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Sr. Liza Augustine fsic – Penasihat Rohani bagi Pelayanan Hidup Keluarga Paroki Holy Trinity dan seminarian Raymond Lee.
Dalam mesyuarat tersebut Pengerusi Komisi Sdri Julita menekankan kepada semua ahli bahawa melayani dalam komisi yang berkaitan dengan keluarga adalah satu cabaran. “Kita terdiri daripada umat biasa, berkeluarga seperti mereka yang bukan dalam pelayanan ini. Namun saya percaya Tuhan telah menggunakan kita untuk menjadi cermin akan kasih-Nya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik bagi Tuhan. Keutamaan harus kita berikan dalam setiap aktiviti keluarga bagi membuka hati setiap umat atau keluarga akan tujuan kita untuk membawa mereka mengenali dan mengekalkan maruah keluarga.”
Mesyuarat berakhir pada 5.30 petang dengan minuman ringan di mana semua ahli dijemput menghadiri Jalan Salib pertama dalam musim Prapaskah dan Misa Kudus jam pada 7.00 malam.
Rekoleksi telah diadakan pada keesokan harinya pada 13hb Februari dimulakan dengan Doa Pagi di Chapel pada 7.00 pagi dipimpin oleh Sr. Liza Agustine fsic. Program rekoleksi ini turut dihadiri oleh semua ahli Pelayanan Hidup Keluarga Paroki .
Program dimulakan sejurus sahaja tamat doa pagi. Sesi pertama iaitu ‘Hamba Allah’ yang disampaikan oleh Sdri Julita Kantod. Peserta dibawa untuk merenung perjalanan setiap peribadi masing-masing sebagai pelayan-pelayan Tuhan terutamanya sikap dan pendirian dalam menjalankan pelayanan di Gereja. Antara kandungan yang disampaikan adalah kemampuan untuk menjadi contoh pemimpin yang rendah hati, berserah kepada Tuhan, keakuran dan kesederhaan atau ketelusan hati.
Sesi kedua pula dikendalikan oleh Sr. Liza fsic iaitu ‘Tahun Kerahiman’. Peserta didedahkan tentang Tahun Istimewa Kerahiman Allah yang menyeru pelayan Gereja dan wakil-wakil gereja menjangkau umat di luar. Sesi ini membuka minda dan merenung keupayaan peserta untuk mencapai apa yang diinginkan oleh Gereja sebagai tangan, mulut dan kaki Kristus untuk menjangkau mereka yang memerlukan melalui karya-karya korporal dan  rohani.
Saat Teduh bersama Kristus telah diadakan selepas 2 sesi input ini sebagai satu peluang kepada para peserta untuk meluangkan masa dan mendengar Tuhan berbicara dalam diri mereka terutamanya dalam karya-karya pelayanan.
Program berakhir pada jam 11.30 pagi dengan sesi bergambar dan makan tengahari.

PEMURIDAN - SEMANGAT MISIONARIS

Oleh DS/sj
Lalu aku mendengar suara Tuhan berkata: "Siapakah yang akan Ku utus, dan siapakah yang mau pergi untuk Aku?" Maka sahutku: "Ini aku, utuslah aku!" (Yesaya 6:8)
Duduk (Kiri-Kanan):
Aloysius Leyn, Shirley Joseph, Earnie Claveria (Suami Mirasol), Mirasol Cordero
dan Kletus Muyuk
Berdiri (Kiri-Kanan):
Rachel Antak, Vilma Salvador, anak Claris, Carol Rondidas dan Claris Fransiska 
LAHAD DATU: Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) St. Dominic, Lahad Datu merupakan yang pertama menjalani satu lagi sesi pembentukan daripada Tim Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan untuk tahun 2016 iaitu pada Sabtu, 13hb Februari 2016 bertempat di Paroki Lahad Datu.
Kali ini, Sesi Pembentukan yang bertemakan, "Pemuridan-Semangat Misionaris" telah disampaikan oleh Saudari Shirley Joseph, Setiausaha KPIK dan dibantu oleh Saudari Mirasol T. Cordero iaitu seorang sukarelawan juga ahli KPIP / KPIK dari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.
Topik Pertama yang bertajuk, "Apa itu Pemuridan?" memuatkan antara input berikut:-
  • The origin of intentional discipleship
  • Characterizing intentional discipleship
  • Penginjilan adalah misi terpenting Gereja (Evangelii Nuntiandi, 14)
Semua peserta dari KPIP Lahad Datu telah memperkongsikan apakah yang telah menyentuh hati mereka dari sesi pertama tersebut. Berikut merupakan petikan daripada perkongsian tersebutt:
  • Kletus Muyuk, "Jika tiada sesiapa lagi yang melakukan pemuridan, maka Kristian akan lenyap dari dunia ini. Pemuridan adalah tanggungjawab bersama setiap umat Katolik."
  • Carol Rondidas, "Saya tersentuh dengan tindakan 'meninggalkan jala' dan mengikuti Yesus. Jika kita mahu menjadi murid Yesus, kita haruslah komited terhadap pelayanan dan bersedia menghadapi sebarang cabaran yang datang."
  • Vilma Salvador, "Pemuridan haruslah bermula kepada diri sendiri dan dari kalangan orang terdekat iaitu ahli keluarga sendiri terlebih dahulu. Pada zaman sekarang terlalu banyak godaan duniawi yang mencabar iman Katolik kita. Kita harus sentiasa mengawasi dan membantu ahli keluarga kita terutama anak-anak muda untuk tetap teguh dan setia dengan iman Katolik."
  • Aloysius Leyn, "Pemuridan dapat dilakukan di mana-manapun. Semasa saya melakukan upacara perkebumian, kata-kata yang diungkapkan oleh Yesus, 'Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada siapa dapat datang kepada Bapa kalau bukan melalui Aku.' dapat diperdengarkan kepada yang hadir, di mana ada di antara mereka belum mengenali Kristus."
  • Claris Fransiska, "Saya sendiri telah mengalami banyak dugaan sebelum menjadi murid Yesus (sebelum mengimani Katolik). Roh Kudus yang membimbing saya untuk menemui Yesus dan juga membantu saya dalam pelayanan di gereja serta melakukan pemuridan. Sememangnya menjadi murid Yesus bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan banyak kesabaran."
  • Rachel Antak, "Menjadi seorang Katolik, kita harus pergi keluar melakukan pemuridan dan bukannya hanya pergi ke Gereja untuk menerima Ekaristi. Bagi saya, jika kita hanya menerima Ekaristi, itu adalah perbuatan mementingkan diri sendiri. Yesus menyeru kita untuk meneruskan misi penyelamatanNya agar semua orang dapat diselamatkan dari dosa."
Selepas makan tengahari, Topik Kedua bertajuk, "Ciri-ciri Misionaris" pula dijalankan. Melalui topik ini, para peserta mengetahui perkara berikut:
  • Semua yang telah dibaptis, kecuali meninggal awal atau tidak berkeupayaan untuk membuat pilihan, tetap akhirnya akan dipanggil untuk membuat pilihan peribadi untuk menjadi pengikut Yesus Kristus di tengah-tengah GerejaNya --Weddell, Forming Intentional Disciples, 70
  • Intentional discipleship is ecclesial
  • Tiga cara pembentukan iman
  • Pemuridan bermakna kepada semua
  • Panduan Utama
  • Misi Kristus
  • Komitmen
  • Cabaran
Apabila Sdri. Shirley melontarkan soalan, "Adakah anda memiliki ciri-ciri seorang misionaris?", sebahagian peserta menjawab, "Ya, saya bersedia mewartakan khabar gembira!" dan sebahagian lagi menjawab, "Ada, namun saya masih perlu menimba pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan misi Kristus." 
Pada topik terakhir iaitu yang ketiga bertajuk, "Langkah-langkah Pemuridan", para peserta didedahkan dengan cara-cara berikut:
  • Seek stories not labels
  • Penginjilan melalui perkongsian iman 
  • Cara penginjilan baru
  • Peluang untuk menginjil melalui tindakan atau perbuatan sehari-hari
  • Menyediakan 'rangka kerja' untuk membentuk iman
Selain itu, para peserta turut diberi input mengenai "Pengurusan Sukarelawan dari Perspektif Katolik" di mana mereka dapat mengetahui perkara berikut:
  • Mengapa orang mahu menjadi sukarelawan
  • Mengapa sukarelawan menarik diri
  • Menerapkan nilai-nilai Ajaran Sosial Gereja Katolik Maruah manusia, Association, Maruah Pekerjaan, Penglibatan dan Solidariti
  • "Seseorang sukarelawan tidak semestinya seorang murid Yesus tetapi seorang Murid Yesus haruslah menjadi sukarelawan dalam melakukan kehendak Tuhan"
Sdri. Mirasol telah membuat perkongsiannya sebagai seorang sukarelawan. Beliau memulakan pelayanannya sebagai seorang sukarelawan dalam Komiti Pastoral Filipino, Paroki Katedral St. Mary, Sandakan. Sr. Alice, seorang Sister Gembala Baik dari Filipina yang pernah ditugaskan di Sandakan pada beberapa tahun lalu telah mempelawa Mirasol melayani migran Filipino yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara (atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'Rumah Merah'). Mirasol terlibat dalam 'Core Group Detention Centre Good Shepherd'. Sebagai seorang sukarelawan, beliau melawati orang yang sakit, membantu orang yang tidak berkemampuan dan ditimpa kesusahan.

Mirasol mulai terlibat dalam pelayanan melalui Komiti Pembangunan Insan Paroki Sandakan apabila Sr. Maria Dipal rgs, Sister Gembala baik, pula yang mempelawa beliau. Beliau berkata, "Apa yang saya pelajari melalui komiti ini adalah menghargai dan mensyukuri apa yang saya miliki dalam dunia ini. Saya juga berasa lebih gembira dalam hidup apabila melakukan banyak perkara untuk membantu orang lain."

Namun demikian, selama pelayanan itu, terdapat pelbagai cabaran yang telah ditempuhinya. Antaranya, adalah berjam-jam menunggu giliran untuk lawatan di pusat tahanan tersebut kerana terlalu ramai yang ingin membuat lawatan. Dalam komuniti juga, Mirasol pernah menghadapi situasi di mana timbul salah faham kerana ada yang tidak berpuas hati ke atas sesuatu yang dilakukannya tetapi beliau tidak berputus asa dan berundur kerana beliau tahu dirinya berada di pihak yang benar dan tidak melakukan kesalahan. Beliau turut menyatakan bahawa sukar membantu para migran dan pelbagai masalah timbul sekiranya migran tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Oleh itu, beliau merasakan betapa pentingnya memberi kesedaran kepada para migran untuk masuk secara sah dan teratur di negara orang.

Selepas selesai sesi perkongsian khas Mirasol, Sdri. Shirley mengutarakan satu soalan kepada KPIP Lahad Datu, "Bagaimana Komiti Pembangunan Insan Paroki Lahad Datu melakukan pemuridan dalam misi membangun insan?" Mereka perlu membawa soalan tersebut kepada perbincangan komiti kemudian, juga sebagai 'kerja rumah' mereka.

Sesi pembentukan tersebut telah diakhiri dengan kata-kata penutup daripada Sdra. Kletus selaku Pengerusi, KPIP Lahad Datu dan Sdri. Shirley serta disempurnakan dengan doa penutup oleh Sdra. Aloysius, Timbalan Pengerusi KPIP Lahad Datu.

"Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus." (Matius 28:19)

Tuesday, February 23, 2016

THE CHINESE COMMUNITY OFFERS A THANKSGIVING MASS ON CHINESE NEW YEAR

By Julita, SOCCOM Tawau
Tawau : Holy Trinity Parish Tawau ushered in the Chinese Lunar New Year with a Thanksgiving Mass on Monday, 8 February at 8.00 am. The mass was presided over by the rector, Msgr. Nicholas Ong and con celebrated by Rev. Fr. Johnny Raju. Some 600 Chinese parishioners together with other parishioners from the different communities attended the celebration.
Msgr. Nicholas began his homily with warm greetings of a Blessed, Happy and Prosperous Lunar New year to the congregation.  He said, 'Your attendance today at this Thanksgiving Mass indicates that you have a priority in your life journey. Having a thankful heart is always a blessing, for you know whom to thank for during this gracious moment ~ the Lord, the Giver of Life and Love. You will receive wonderful and meaningful graces by thanking and glorifying the Lord for all the blessings and goodness you have received for the past year.'
He continued, 'God knows all of your needs. The riches of the world can never satisfy your desires. But we must first seek the Kingdom of God for the rest will be added according to your needs. In this Extraordinary year of Mercy we must think and pray for those poor and unfortunate people living in the periphery of society. Extend a hand, reaching out to them in corporal and spiritual works of mercy. Be satisfied with what you have and never cease to thank God.'
He called on the parishioners to build and nurture a strong relationship with the Lord. This will give us the strength to share and to spread the Good News among our family members and friends.
In conclusion, he said, 'May the Good Lord continue to shower His blessings upon us always not only this year but till the day when He comes down for us. Once again, I wish you all a Blessed, Happy and Prosperous New Year.'  
After the Mass, Msgr. Nicholas Ong and Fr. Johnny Raju blessed the baskets of mandarin oranges and distributed them to the parishioners as a symbol of sharing the blessing of God.
The rector, accompanied by the religious sisters, chairmen of the Pastoral Council and the Chinese Pastoral Community ( CPC ) made visits to a few Chinese families.  This is to foster better relationship bond, instilling a sense of belonging within the community. 

HOLY TRINITY PARISH TAWAU HOLDS A THANKSGIVING AND APPRECIATION FELLOWSHIP

By Julita, SOCCOM Tawau
Tawau : Some 800 parishioners participated in a two-in-one celebration, bidding fond farewell to Rev. Fr. Johnny Raju and extending warm welcome to Rev. Fr. Philip A. Muji, Sr. Liza Anggie fsic and Seminarian Raymond Lee. The event took place at the Parish Hall on 13th February 2016 at 7.30 pm after the Sunset Mass.
Rev. Fr. Johnny Raju will be transferred back to the Archdiocese of Kota Kinabalu after his two year assignment at Holy Trinity Parish from 2013 -2015.
Msgr. Nicholas Ong, the rector expressed his gratitude to Fr. Johnny  Raju for his passionate commitment and concern on pastoral matters in Holy Trinity especially during his medical treatment  for almost a year in Singapore. He shared, "I cannot thank you much by words but God knows my sincere appreciation to you. You have taken care of this parish well, along with the consultative body – the PPC members and also the parishioners. I believe that each priest has his own way and style and so is Fr. Johnny. I and our new priest Fr. Philip Muji will always commit to work for the glory of God. I pray that Fr. Johnny will continue to serve with the same zeal at his new parish of Stella Maris Tg. Aru."
Thank you Fr Johnny Raju for your dedicated service in HTC Tawau
He then concluded his speech by welcoming Rev. Fr. Philip Muji, Sr. Liza Anggie fsic and Seminarian Raymond  Lee who is undergoing a two-year pastoral exposure in Holy Trinity Parish, Tawau.
Top (L-R) : Sr Liza Anggie fsic, Fr Philip Muji and Sem Raymond Lee
Fr. Johnny Raju in his farewell address, extended his thanks to Msgr. Nicholas Ong for giving him the trust and opportunity to serve in Holy Trinity Parish. He also thanked all parishioners for their unceasing support and friendship. "I must say that I have learn a lot from you in the last two years. We have journeyed together through good and difficult times but with God’s grace we are moving towards one direction in building together the kingdom of God. I wish you all the best and God bless you always."
Sr. Liza Anggie fsic from Tambunan has been assigned to Holy Trinity. With the new placement, there are now three fsic sisters together with Sr. Liza Augustine fsic and Sr. Martha fsic serving in the parish.
Seminarian Raymond Lee who has completed his first year in theology at St. Peter's Seminary College, Kuching will be doing his two year pastoral exposure at Holy Trinity Parish.
The fellowship ended at 9.30 pm with a closing prayer led by Fr. Johnny Raju.

Friday, February 19, 2016

Flowers With Purpose Brings Hope to Those in the Periphery

BY DS
Sandakan : In response to the Year of Mercy, St Mary's Cathedral Parish Human Development Ministry has embarked on a fund raising project, ‘Flowers With Purpose’ during the season of Advent. The proceeds from the sale was used solely to carry out corporal works of mercy, hoping to bring forth Christmas joy to families living in the periphery.
The team set up stores in front of St Mary’s Cathedral, St Joseph’s Church and St Mark’s Church on the  3rd and 4th Sunday of Advent. The potted plant was sold at RM25 each. Parishioners responded positively to assist in making the project a meaningful Advent season event. By taking a pot home they had indeed contributed to the needy in sharing the Christmas joy with them.
Many had contributed to the success of the project; the suppliers, the promotion and marketing team and above all, the caring parishioners who had purchased the flowers and those who had contributed to the project.

Below is the breakdown of the fund generated through the project;

Sales of flowers
RM2,995.00
Contributions from parishioners
RM1,401.25
Contributions from the Diocesan Staff
(a ringgit a day for the Advent season)
RM   375.25
Contributions from Catechumens (RCIA)
RM   202.50
Total
RM4,974.00
a
Fr Thomas, rector of St Mary's Cathedral  (4th left) presents the contribution to Fr Jasery (3rd left)
Mirasol 2nd left, member of the PHDM presents the contribution to Klemens, Chairman of the Indonesian Catholic Community
The proceed has been distributed to 27 needy families in the form of sundry goods, the Community Learning Centre (CLC) for children of migrant workers and to the family of Father Jasery, the rector of St Martin's Church Telupid, whose family’s house in Kiulu was completely burnt down.
In this, the Extraordinary Jubilee Year of Mercy, let us continue to move forth to rediscover the corporal and spiritual works of mercy, for it is in each of these ‘little ones,’ Christ himself is present. Let the fragrance of love flow from your heart to reach out to the less fortunate. Let us in our little way brighten up their lives.

Saturday, February 13, 2016

Salib Belia SYD-4 ke Paroki St. Martin, Telupid

Artikel dan gambar oleh Girald Palipus
Telupid – Pada 23 Januari yang lalu, seramai lebih dari 200 belia berserta umat dari Paroki St.Peter Claver, Ranau, telah mengiringi perjalanan penghantaran Salib Belia SYD-4 ke Paroki St. Martin, Telupid. Rombongan ini ketuai oleh saudara Martin selaku ketua kordinator belia paroki St.Peter Claver, Ranau.
Ketibaan Salib Belia ini diiringi dengan paluan gong dan salib diarak masuk dari luar pagar sehingga masuk ke perkarangan Gereja. Sebelum diarak masuk ke Gereja, umat mempersembahkan tarian tradisional suku kaum Dusun Labuk iaitu Tarian Magalai dari salah seorang belia St.Martin, Telupid.
Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel, rektor Paroki St. Martin merayakan Misa Kudus selepas perarakan masuk para belia dan umat dari kedua-dua paroki. 
Fellowship diteruskan di dapur Dewan Gereja dengan makan bersama. Acara diteruskan lagi dengan beberapa persembahan dari belia-belia St.Peter Claver, Ranau. 
Selepas itu, seorang belia dari paroki St.Peter Claver, Ranau, diberi peluang untuk mengongsikan pengalaman mereka tentang Salib Belia ini sepanjang salib tersebut berada di paroki mereka. 
Pada masa yang sama, kordinator belia paroki Ranau, Martin berserta dengan ahli Tim Pelayanan Belia Paroki Ranau, seramai 12 orang telah menyerahkan 12 utas pengikat tangan sebagai simbolik solidariti kepada paroki Telupid. Tidak lupa juga, mereka turut menyerahkan buku harapan kepada kami untuk dibawa dan mengumpul semua doa permohonan dan harapan kesemua belia di paroki Telupid.
Kesemua belia yang mengikuti sambutan Salib Belia SYD-4 ini menyatakan yang mereka berasa teruja untuk lebih mengenal salib ini dengan lebih dekat lagi dan mereka juga tidak sabar untuk mengikuti program SYD-4 yang akan di adakan pada bulan Jun nanti. Salib Belia ini akan berada di paroki Telupid selama 3 minggu dan akan dibawa berarak ke 4 zon utama di bawah Paroki Telupid. 

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent