Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Friday, July 31, 2015

Malaysian Catholic Campus Students' Day (MCCSD) 2015 - Hari Kelima

Veronica Tai dan Mandy Patrick
Dikumpul/susun oleh Maxwell Elity Sulaiman
Gambar oleh Adrian John Sebastian
KUCHING : Pada hari kelima, 18hb Julai, program dimulakan dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr. Sunny. Beliau mengundang para peserta MCCSD untuk memiliki semangat seperti Yesus, pembawa harapan bagi sahabat dan keluarga serta sesama seperti dalam bacaan Injil, "Buluh yang patah terkulai tidak akan diputuskan-Nya. Sumbu yang pudar nyalanya tidak akan dipadamkannya." (Matius 12: 14-21) 
Selepas sarapan pagi, para peserta MCCSD diberi taklimat ringkas oleh pihak penganjur mengenai misi yang akan dilakukan sepanjang pagi. Para peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan besar berdasarkan kawasan-kawasan misi yang telah ditentukan.

1) Home of Peace - Rumah orang-orang tua.
2) Kampung Serantau
3) Sekolah St. Andrew
4) Hospital Sentosa
5) Cheshire Home
Home of Peace
Seramai 16 peserta MCCSD yang memilih Home of Peace sebagai pusat misi. Home of Peace adalah sebuah kediaman orang-orang tua. Setibanya, para perserta melakukan kerja-kerja amal seperti membersihkan kawasan longkang dan tingkap-tingkap bangunan. Setelah itu, mereka mengambil kesempatan yang ada untuk beramah mesra dengan penghuni Home of Peace. Orang-orang tua di kediaman tersebut terdiri daripada pelbagai bangsa; Cina, Bidayuh, Iban dan sebagainya. Para peserta juga berpeluang untuk berdialog dengan penjaga kediaman orang-orang tua. Sumber kewangan Home of Peace disumbangkan oleh individu-individu dan dermawan di sekitar bandar Kuching. Tambahan lagi, aktiviti seperti Pemujian dan Penyembahan juga diadakan bagi tujuan mengembirakan dan menghiburkan orang-orang tua di kediaman tersebut.
Kampung Serantau
Perjalanan ke Kg. Serantau mengambil masa selama 40 minit. Kampung tersebut merupakan kawasaan yang mempunyai penduduk berbangsa Bidayuh. Ketibaan para peserta MCCSD disambut meriah sekali dengan tarian-tarian tempatan dan palungan gong. Pengenalan dan serba sedikit maklumat mengenai Kg. Serantai disampaikan oleh Ketua Kampung. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk kampung untuk mengeratkan hubungan antara para peserta dan masyarakat setempat seperti permainan-permainan dan Pemujian dan Penyembahan. Menurut para peserta, penduduk kampung juga menyediakan juadah tengah hari dengan hidangan makanan tempatan bagi memberi peluang kepada para peserta merasai makanan kampung bangsa Bidayuh. Secara ringkasnya, lawatan ke Kg. Serantau merupakan pengalaman yang bermakna kepada para peserta MCCSD.
Hospital Umum
Para peserta MCCSD yang memilih Hospital Umum sebagai tempat melakukan misi berpeluang untuk melawat pesakit-pesakit cancer. Mereka melaksanakan misi dengan berdialog dan berdoa bersama bagi pesakit-pesakit yang dilawati. Pengalaman tersebut telah menyentuh hati para peserta untuk senantiasa peka dan prihatin terhadap orang-orang yang memerlukan seperti pesakit-pesakit cancer.
SK. St Andrew
Sekolah kebangsaan Saint Andrew merupakan salah satu kawasan misi bagi program pendedahan. Seramai 40 orang telah memilih untuk menjalankan misi mereka di sekolah tersebut. Tugasan yang telah dikhaskan bagi peserta yang memilih sekolah ini ialah mengecat kawasan-kawasan sekolah. Sebelum memulakan tugas, para peserta telah dibahagikan kepala tiga kumpulan. Kumpulan yang pertama bertugas untuk mengecat kawasan tempat letak kereta manakala kumpulan kedua dan ketiga bertugas untuk mengecat banteng yang digunakan sebagai tempat menanam bunga di dua kawasan yang berlainan. 

Proses mengecat tersebut mengambil masa selama dua jam setengah. Meskipun matahari amat terik, para peserta bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan tugasan kerana cuaca tersebut amat sesuai dengan tugasan yang dijalankan. Di antara para peserta MCCSD ada yang pernah menuntut ilmu di sekolah tersebut. Mereka mengongsikan tentang infrastruktur yang ada di sekolah tersebut. Hal ini menimbulkan sedikit kebimbangan kerana infrastruktur tersebut mungkin tidak selamat lagi untuk digunakan

Tugasan mengecat berakhir pada 12.30 tengahari. Para peserta berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Sekurang-kurangnya mereka telah menyumbangkan tenaga untuk mempertingkatkan keceriaan sekolah tersebut. Tambahan lagi, para peserta sempat menulis akronim MCCSD sebagai tanda kenangan bahawa mereka pernah berada di sekolah tersebut.
Cheshire Home
Pengalaman saya mengunjungi Cheshire Home amat menyeronokkan dan telah mengajar saya erti kehidupan sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang sempurna. Chesire Home merupakan sebuah pusat yang menempatkan golongan orang kurang upaya yang terpinggir. Menurut penjaga tempat tersebut, kebanyakan golongan orang kurang upaya tersebut telah diserahkan oleh keluarga masing-masing kerana keluarga mereka tidak mampu lagi menjaga mereka. Setibanya kami di sana, kami disambut baik, yang membuat saya tersentuh apabila melihat mereka tersenyum dan berasa gembira melihat kedatangan kami. Kami dibawa meninjau sekitar kawasan tersebut dan apa yang membuat kami rasa terharu apabila kami melihat hasil kerja tangan mereka sendiri yang begitu unik. Tidak tersangka mereka mampu membuat kerja kraf tangan yang indah dengan ketidaksempurnaan anggota badan mereka. 
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, bagi kumpulan saya, kami ditugaskan untuk membersihkan wad asrama lelaki. Kami membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengemas persekitaran wad. Setelah itu, kami berkumpul di dewan bersama dengan golongan orang kurang upaya di mana kami bernyanyi bersama-sama demi menghiburkan hati mereka. Walaupun kami berasa penat, namun segala penat lelah kami hilang setelah melihat senyuman yang terukir di setiap wajah mereka. Setelah itu, kami menemani mereka ke dewan makan untuk makan tengahari. Di sana, saya amat bersyukur telah diberi peluang untuk meluangkan masa bersama mereka walaupun hanya sekejap. Saya mulai sedar kita yang diciptakan dengan sempurna haruslah bersyukur dengan apa yang ada dan jangan pernah sia-siakannya sebelum Tuhan mengambilnya semula.
Sekembalinya para peserta ke ACCPC, para peserta telah diminta untuk membuat refleksi kendiri selama 15 minit. Soalan-soalan yang digunakan semasa refleksi ialah (i). Apa yang sedang berlaku? (ii). Mengapa perkara tersebut berlaku? (iii). apakah maksud perkara tersebut? 
Setelah membuat refleksi selama 15 minit, peserta diminta untuk mengongsikan pengalaman mereka dalam kumpulan seramai 3 orang. Ternyata program seumpama ini merupakan program yang mendapat sambutan kerana para peserta dapat merasai sendiri pengalaman diutus oleh Tuhan. Program seumpama ini juga membantu dalam menyediakan peserta untuk menghadapi pelbagai situasi yang akan datang sekaligus memimpin peserta untuk menjadi salah satu pengerusi program pada satu hari kelak. 

Fr Terry Burke
Pada sebelah malam, sesi keenam, "Federal Constitution, Related Challenges and Christian Social Responsibility" telah di sampaikan oleh peguam-peguam Katolik dan Fr. Terry Burke. Pada malam itu juga, kaunter untuk mendaftar mengundi juga telah dibuka. Sesi ini bukan sahaja untuk peserta, tetapi umat Gereja St. Joseph juga dijemput hadir. Ia menerangkan tentang hak sebagai seorang manusia, isu-isu semasa dan kesan-kesan terhadap seseorang apabila mereka bertukar ke agama yang lain. Sesi ini sangat berguna dan sangat informatif kepada semua yang hadir pada malam itu

Thursday, July 30, 2015

Malaysian Catholic Campus Students' Day (MCCSD) 2015 - Hari Ketiga & Keempat

Dikumpul/susun oleh Maxwell Elity Sulaiman
Gambar oleh Adrian John Sebastian-P.Pinang
KUCHING : Malaysian Catholic Campus Students' Day (MCCSD) yang pertama berlangsung di Archdiocesan Curia And Cathedral Parish Centre (ACCPC), Keuskupan Agung Kuching, Sarawak. Program ini bermula pada 14hb hingga 20hb Julai 2015. 
Pada hari ketiga, 16hb Julai, Malaysian Catholic Campus Students' Day (MCCSD), sesi pertama telah disampaikan oleh tim "Theology of the Body" (TOB) dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur. Dalam sesi yang disampaikan bersama oleh saudara John Pinto, Jeremy Wong dan saudari Kristen Fernandez, menyedarkan para peserta tentang betapa istimewanya mereka kerana telah dicipta oleh Tuhan. Lelaki dan perempuan telah diciptakan untuk satu sama lain. 
Sesi selama tiga setengah jam pada sebelah petang, "Teguh dalam Iman" telah disampaikan oleh Fr. Larry Tan. Semasa sesi ini, beliau telah mendedahkan realiti yang berlaku di seluruh dunia dan telah membantu para peserta untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku pada masa kini. Dalam sesi ini juga, peserta diberi peluang untuk membincangkan apa yang mereka akan dan boleh lakukan untuk terus teguh dalam iman mereka.

Perkongsian...............
"TOB gave me clear advises about how to honor our body because it is created in such ways to show us the mystery of our God. Man and woman were created for each other and through understanding how man’s and woman’s body work together to glorify God. We are to understand our mission to protect and preserve what God has given us, accepting what God has plan for us. Our bodies are created with love. To be able to accept what God has plan for us, we must accept that we are special and we are to use our body to reveal God’s mystery. Human have sexual desires because God created that desire between man and woman, so that it will be directed towards Him. Women’s body are so special that it is called the Holy of Holies. Man should know how to respect a woman as her body is the temple of God. She should be treated with respect and honor. A woman must also know that she is special, that is why women must dress in modesty. Such as the Holy of Holies is set apart, woman’s body must not be revealed to any man except for her husband. I learnt to honor woman’s body and to treat them with respect. I should set examples because I have been through TOB and get clear advises about how important it is to know how to use our body to glorify God." - Nes Sandra
Sesi yang pertama pada hari keempat, 17hb Julai adalah "Youcat and Apologetics" disampaikan oleh Fr. Gregory Chan. Ia adalah tentang pengetahuan agama dan cinta kasih Yesus. Antara aktiviti dalam program tersebut ialah mengenai tentang seorang ahli saintis tidak mempercayai Tuhan TETAPI hanya mempercayai sains sahaja. Ini amat menakutkan kerana perasaan daripda kuasa jahat boleh memujuk diri seseorang untuk tidak mempercayai Tuhan Yesus.  
Seterusnya, kami juga mempelajari tentang apa itu kesyukuran cinta kasih kepada sesebuah ciptaan dan anugerah daripada Tuhan. Walaupun dalam peristiwa di mana bayi yang tidak dapat hidup lama, kita seharusnya bersyukur buat waktu dia berada di dunia ini sungguhpun hanya tempoh yang singkat. Saya tersentuh mengenai cerita ini. Saya dapat mempelajari tentang penghargaan, kesyukuran, dan cinta kasih.
Di sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan "Praise and Worship" yang dikendalikan oleh kumpulan pelajar dari Keuskupan Sandakan dan Keningau. Sesi diteruskan dengan 'We Catholics and other Religions/Denominations' yang disampaikan bersama Fr Gregory Chan dan Bro Martinian Lee yang merupakan seorang seminarian di St Peter's College, Kuching. Dalam sesi ajaran tersebut, para peserta didedahkan tentang perbezaan agama Katolik dengan agama lain atau denominasi gereja lain.
Aktiviti di sebelah malam diteruskan dengan sesi 'Mission : Mission Brief' yang disampaikan oleh sdra Charles Bertille. Para peserta didedahkan dengan cara-cara untuk melakukan refleksi diri dan tindakan sebagai belia gereja dalam membantu golongan yang lemah dan terpinggir di luar sana. Sesi ini amat berguna untuk peserta bagi aktiviti kerja amal yang akan dijalankan keesokan harinya. Setelah itu, para peserta dibawa melakukan doa malam bersama kumpulan masing-masing mengikut kreativiti masing-masing. Tepat 8.00 malam, para peserta bertolak pulang ke St Lucas Centre untuk berehat.

Malaysian Catholic Campus Students' Day (MCCSD) 2015 -Hari Pertama dan Kedua

Maylyn C. Petrus dan Maxwell Elity Sulaiman
Dikumpul/susun oleh Maxwell Elity Sulaiman
Gambar oleh Adrian John Sebastian-P.Pinang
KUCHING : Pada 14hb Julai 2015, telah bermulanya Malaysian Catholic Campus Students’ Day (MCCSD) dengan tema "Menjadi Saksi Kristus Dalam Kehidupan Kampus - Dipanggil, Dipilih, Diutus." Acara ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh Komiti Pelayanan Belia Katolik Malaysia yang telah dilaksanakan di Archdiocesan Curia And Cathedral Parish Centre (ACCPC), Keuskupan Agung Kuching, Sarawak. Seramai 162 pelajar kampus yang menuntut di 37 kampus di seluruh Malaysia telah menyertai kem yang berlangsung selama 7 hari ini. 


Misa pembukaan telah dirayakan oleh Bapa Uskup Agung John Ha. Dalam khotbahnya, beliau mengingatkan bahawa Tuhan telah memberikan kita peluang dalam melaksanakan misi-Nya. Walaupun pada saat ini kita samar-samar tentang misi yang diberikan, tetapi kita haruslah percaya bahawa Dia sedang menyediakan kita untuk misi dengan memberikan kita peluang iaitu dengan mengikuti program MCCSD. Dengan itu, jangan sekali pun kita mensia-siakan peluang yang telah diberikan kepada kita. Beliau juga mengingatkan kepada semua peserta untuk mengongsikan iman mereka dan terus teguh dalam iman.

Selepas itu, para peserta dialu-alukan dengan persembahan tarian kebudayaan Sarawak. Sesi pengenalan disampaikan oleh Koordinator Program MCCSD, saudari Anna Amandus. Beliau telah menerangkan latar belakang dan inti pati program MCCSD ini. Selain itu, peserta diberi taklimat mengenai program MCCSD dan peraturan sepanjang program ini. Program ini diakhiri dengan doa malam gabungan semua peserta dan penganjur. Selepas selesai doa malam, maka berakhirlah hari pertama MCCSD. Para peserta menaiki bas dan bertolak ke tempat penginapan di St. Lukas yang terletak di Kota Padawan, Kuching.
Hari kedua, 15hb Julai bermula dengan misa pagi di auditorium ACCPC tepat pada jam 7.30 pagi. Misa dirayakan bersama oleh Rev. Fr. Larry Tan, Rev. Fr Felix Au dan Rev. Fr. Stanley Antoni. 
Sebelum sesi yang pertama bermula, para peserta dibawa bersama dalam sesi lagu pujian dan penyembahan yang dipimpin oleh peserta dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur. Sesi pertama bertajuk 'Who Am I?' telah disampaikan oleh Fr. Stanley Antoni dan terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama ialah tentang 'Who Am I? – Me' yang berfokuskan kepada pengenalan diri secara mendalam dan menyeluruh. Dalam bahagian ini, para peserta didedahkan dengan kehidupan manusia secara rohani dan lahiriah serta ciri-ciri seorang manusia. Selain daripada itu, ia juga menyentuh tentang tujuan kita sebagai manusia yang hidup sementara di dunia ini dan menggunakan nama kita sebagai panduan untuk melaksanakan misi di dunia berdasarkan nama-nama santo yang sinonim dengan peribadi kita.
Bahagian kedua ialah 'Who Am I? – Friends' yang menyentuh tentang diri seseorang dengan sahabat sekeliling mereka, terutama sekali bagi para mahasiswa dan mahasiswi. Para peserta didedahkan dengan empat jenis rakan yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang sama ada secara baik ataupun sebaliknya. Terdapat jenis rakan yang dapat membawa kita ke arah kebaikan namun ada juga jenis rakan yang menjatuhkan kita. Selain dari itu, para peserta juga didedahkan dengan tahap-tahap dan cara perhubungan dengan rakan-rakan sekeliling. Para peserta juga didedahkan tentang definisi sahabat itu sendiri, bagaimana ia terjadi dan bagaimana untuk memilih rakan yang mampu menyokong dan berjalan bersama dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Katolik. Bahagian ini diakhiri dengan sesi soal jawab. 
Bahagian ketiga ialah 'Who Am I? – Family' yang menyentuh tentang peranan sebuah institusi keluarga dalam menjadi keluarga yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap setiap anggota keluarga dalam mewartakan Khabar Gembira kepada masyarakat setempat. Selain dari itu, para peserta juga didedahkan peranan setiap anggota keluarga dalam memastikan mereka saling memberi dorongan di antara satu dengan yang lain. Bermula dengan setiap individu dalam sebuah keluarga, kemudian berkembang dan bersatu menjadi satu keluarga untuk bersaksi terhadap komuniti.
Sesi yang terakhir ialah 'Who Am I? – Society' yang memberi pendedahan tentang cabaran era globalisasi serta isu-isu yang sensitif terutama sekali dalam negara kita sendiri. Penceramah menyentuh tentang tanggungjawab kita sebagai umat Katolik untuk menghidupi iman kita sekaligus bersaksi dalam nama Yesus terhadap individu yang berlainan kepercayaan dan amalan sama ada dalam kalangan denominasi Kristian yang lain mahupun di luar agama Kristian itu sendiri. Adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang Katolik untuk mewartakan injil walaupun terdapat pelbagai cabaran yang muncul menghalang. Ia disusuli dengan sesi soal jawab.
Selepas makan malam, Adorasi dan Sakramen Pengakuan telah dilaksanakan sebagai doa malam dan doa penutup pada hari tersebut.
Max, berbaju kuning (kiri) adalah pelajar IPG, 
Kampus Tawau
Secara tuntasnya, sesi yang telah saya lalui sepanjang hari ini, saya dapat mengenal diri saya sendiri, apakah tujuan (mission) saya, dan apakah tanggungjawab saya terhadap iman saya sendiri. Saya juga belajar tentang bagaimana menilai seorang sahabat sama ada dia seorang yang membantu kita untuk bertumbuh dalam iman ataupun sebaliknya. Peranan diri saya dalam keluarga serta masyarakat juga mulai saya sedari kerana jika bukan bermula dari diri sendiri, perubahan tidak mungkin akan berlaku. Sejujurnya, sesi yang disampaikan pada hari ini agak berat untuk diserap dan ditafsir, namun saya percaya bahawa sekurang-kurangnya saya mampu untuk menyedarkan diri saya akan siapa saya, dari mana sokongan yang saya dapat, apa tugas saya dalam sebuah institusi keluarga dan peranan saya dalam membentuk masyarakat ke arah yang lebih baik. - Maxwell 

3-IN-ONE CELEBRATION AT HOLY TRINITY PARISH TAWAU

Article by Julita K, photos
by Carlos SOCCOM Tawau
Tawau : Due to some inevitable circumstances, the Parish Day of Holy Trinity Church was celebrated on 26th July 2015. The Eucharistic celebration of the 17th Sunday in Ordinary time, themed 'the multiplication of 5 loaves and two fish' was presided over by Fr. Johnny Raju, the assistant parish priest, con celebrated by Fr David Garaman and assisted by Deacon Stanley Matakim.
In conjunction with the Parish Day celebration, the parishioners also celebrated the 13th Sacerdotal Ordination Anniversary of Fr. Johnny Raju and thanksgiving fellowship on the birthday of both Fr. David A. Garaman and Fr. Sunny Chung at the Parish Hall. The event began at 10.30 am right after the Sunday Bahasa Malaysia Eucharistic celebration. More than 800 parishioners attended the function.
 
Gilbert Jack the Chairman of the Parish BEC Core Group was given the honour to address the attendees. He expressed his sincere thanks and gratitude to all who had contributed to the success of the event. He appreciated the effort of the BEC members, the Youth Apostolate, PPC members  and all lay leaders who have put their hands together to ensure that all parish events are well prepared. The recent completed Family Day held a week before is a good example of close collaboration among the various church groups.
A priest is a gift from God, to guide and to lead, journey together towards eternal salvation. Without priest there will be no church. As people of God, obedient to the priest shows our obedient to God . Every priest has different administrative style and approach yet they are the chosen and the anointed and we as parishioners are obliged to respect and obey.
Philip Lee, the vice chairman of the Parish Pastoral Council  in his address, said 'As parishioners, we must always give our support and work closely with our priest. They are chosen by God to lead us to the right path.' 
Fr. Johnny Raju in his address to the crowd humbly shared that a priest is for everybody. 'We do not have any favourite individual, community or group, we see that all of you are equal in the eyes of God . Wherever we serve we see you as precious children that need to be guided and be led to the right way of life. As a big community of God we need to belong to a good team, working spiritually and physically to build the wonders of God’s kingdom on earth. Through this we will develop as matured parishioners, willing to serve God and each other to become truly as one church.' he said.
After the anniversary and birthday cake cutting ceremony, Fr Sunny Chung led the grace before meal. The fellowship has indeed gathered everyone present for one purpose and that is to serve and team up to journey together proclaiming Christ to others.
Also in attendance were the members of the Main Organizing Team of the Sabah Youth Day-4 who were in Tawau to prepare for the upcoming event schedule next year as well as Deacon Stanley William.
The event was filled with captivating presentations by the various communities of the church. 
Prizes were presented to winners of the Family Day event held the week before. The event ended at 1.00 pm with a closing prayer by Fr. David Garaman.

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent