Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Sunday, May 31, 2015

YouthPREPLink Sesi 5 (Fasa 2) Di St Stephen Tass, Tawau

Tim Dokumentasi YPL 

TAWAU : Program YouthPREPLink (YPL) sesi 5 diteruskan dengan fasa kedua di St. Stephen, Tass yang terletak lebih kurang 320 km dari bandar Sandakan.  Fasa kedua bertujuan untuk memberi dan membuka peluang kepada peserta berlatih untuk berdikari dan menjalankan program YPL sendiri. 

Mereka berpeluang  menjadi AJK Pelaksana agar mereka lebih yakin terhadap diri sendiri. Kepimpinan masing-masing dapat ditonjolkan melalui pelaksanaan tugasan. Selain itu, pada fasa ini, peserta akan "kembali kepada asas"; dimana mereka akan memasak menggunakan kayu api dan tidur di dalam khemah. Para peserta akan menjangkau belia-belia dan kanak-kanak di stasi luar St. Agnes, Ladang Andrassy dan St. James, Batu 12.
Pada 3 Mei 2015, rombongan YPL bertolak ke St. Stephen, Tass  dari Sandakan pada jam 7.45 pagi. Setibanya, mereka disambut dengan penuh sukacita oleh umat setempat. Pada sebelah malam, program diteruskan dengan penubuhan Majlis YPL di mana peserta akan membina organisasi mereka sendiri. Wilfred Friddrick telah dilantik secara undian oleh peserta, sebagai pengerusi YPL Batch 5. Manakala Lydiana Kantiu telah dilantik sebagai naib pengerusi. Selepas pembentukan Majlis YPL disempurnakan, ia diakhiri dengan doa malam.
Pada hari kedua, 4hb Mei, ia dimulakan dengan doa Lectio Divina. Pada pagi itu, sesi “Plan Our Plan (POP)” dijalankan agar para peserta membincangkan bersama apa yang perlu dilakukan pada hari penjangkauan. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan akan mengadakan sesi dengan para belia dan satu lagi dengan kanak-kanak dari kawasan penjangkauan itu. 
Pada sebelah malam, sesi “Realiti Sosial Dan Ajaran Sosial Gereja” disampaikan oleh Anna Teresa. Saudari Anna mengingatkan semua untuk tidak menghakimi dan sentiasa melihat orang disekeliling sama seperti Yesus melihat diri kita. Beliau juga mengongsikan tujuh tema Ajaran Sosial Gereja yang meliputi;
1)Martabat Manusia
2)Keluarga dan Penglibatan
3)Hak dan Tanggungjawab
4)Perhatian Kepada yang Miskin dan Lemah
5)Solidariti
6)Hak dan Maruah Pekerja
7)Pemeliharaan Ciptaan Manusia
Selepas itu, mesyuarat bagi penjangkauan bermula dan semua peserta terlibat dalam persiapan penjangkauan tersebut.  Saudara Wilfred Friddrik memimpin doa penutup buat sesi malam tersebut.
Pada hari ketiga, 5hb Mei, saudara Herry Francis Kamuntah telah menyampaikan sesi “Hak Asasi dan Hak Perlembagaan.” Beliau mengingatkan bahawa semua orang patut tahu akan hak mereka sebagai seorang manusia demi kesejahteraan diri sendiri. Selepas sesi itu, para peserta diberi masa untuk menjalankan latihan sesi Bahasa Inggeris untuk penjangkauan di St. Agnes dan St. James. 
Pada sebelah malam, para peserta diberi kesempatan untuk membuat pembentangan di depan panel fasilitator. Pada masa itu, para fasilitator akan memberikan komen dan mereka akan membaiki cara pembentangan mereka agar ia akan berjalan dengan lancar dan akan meninggalkan kesan yang positif kepada orang-orang yang akan mereka layani semasa penjangkauan.
Pada hari keempat, 6hb Mei, sesi yang pertama adalah “Pemerdagangan Manusia – Penghambaan Moden” yang disampaikan oleh Saudara Alen Lim. Pemerdagangan manusia adalah perpindahan manusia secara haram atau tidak sah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk kepentingan satu pihak. Pemerdagangan manusia boleh berlaku di mana-mana sahaja dan boleh berlaku kepada sesiapa. Beliau juga memberitahu bahawa, orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini akan menjual organ-organ manusia untuk kepentingan mereka sendiri. Sesi ini telah membuka mata kami semua dan seterusnya lebih berhati-hati ketika berada di luar. 
Pada sebelah petang, aktiviti luar diadakan, “Row, Row your Boat”. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kerjasama mereka sebagai satu tim. “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.”
Pada hari kelima, 7hb Mei, sesi “Iman Yang Kukuh” telah disampaikan oleh Puan Esther Albert. Dalam sesi ini, beliau mendedahkan realiti yang  berlaku di Malaysia khususnya di Sabah. Sesi ini telah membuka mata para peserta dan telah membantu mereka untuk mengetahui dan menyedari keadaan sebenar pada masa kini. 
Seterusnya, sesi “The Prayer” disampaikan oleh Seminarian Walter Milter. Beliau menerangkan bahawa doa adalah perbualan atau perhubungan antara manusia dengan Tuhan. Pada sebelah malam, para peserta sekali lagi diberi peluang berlatih untuk sesi Bahasa Inggeris mereka untuk penjangkauan pada keesokkan harinya.
Pada hari keenam, 8hb Mei, para peserta bertolak ke St. Agnes, Ladang Andrassy pada 2.00 petang dan mengambil masa setengah jam untuk tiba ke tempat itu. Dalam aktiviti penjangkaun ini, para hadirin telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu ibu bapa, belia dan kanak kanak. Dalam bahagian ibu bapa sesi telah disampaikan oleh Puan Julita Kantod dan beliau menerangkan bahawa untuk membangunkan sesebuah rumahtangga yang lebih baik dan lebih berpusatkan kepada Yesus adalah hormat-menghormati di antara pasangan tersebut. 
Bahagian belia pula, mengfokuskan kepada Bahasa Inggeris. Ini kerana, bahasa yang biasa digunakan di bandar besar adalah Bahasa Inggeris dan ia juga bertujuan untuk memberi keyakinan kepada belia untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan menggelakkan daripada mereka ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Bagi saya, belajar Bahasa Inggeris adalah sangat berfaedah walaupun agak susah untuk saya menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris. ~ Nancy, belia St. Agnes Andrassy, Tawau.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam bahagian kanak-kanak pula adalah sesi nyanyi bersama, mewarna, belajar ABC dan bercerita. Selesai sahaja program dari ketiga-tiga bahagian tersebut, program diakhiri dengan merayakan kesyukuran.
Aktiviti yang sama juga berlangsung pada keesokan harinya, 9hb Mei apabila berada di St. James, Batu 12.
Pada hari terakhir, 10hb Mei, doa pagi dimulakan dengan Body Prayer yang dipimpin oleh Saudari Anna dan diikuti dengan Ibadat Sabda pada jam 11.30 pagi yang dipimpin oleh Katekis Cristopher Jikuil. Diakhir ibadat sabda tersebut, saudari Anna merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menjayakan Program YPL sesi 5. Selepas itu, Katekis Cristopher menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta YPL. Acara terakhir sebelum menamatkan YPL sesi 5 ini, saudari Anna menjemput para peserta dan fasilitator berkumpul untuk renungan peribadi dan evaluasi. Para peserta dan fasilitator diminta untuk merenung kembali apa yang telah berlaku pada diri mereka dalam masa 2 minggu. Ia adalah suatu masa yang sangat indah kepada semua kerana secara tidak disedari, hubungan sesama semakin akrab dan bagi sesetengah, ini adalah keluarga kedua bagi mereka. Pada sebelah malam adalah makan malam kesyukuran bersama umat St. Stephen. Pada malam itu juga, keluarga YPL telah membuat persembahan sebagai tanda terima kasih kepada umat setempat.
"Sahabat setiawan merupakan perlindungan yang kokoh, barang siapa menemukan orang serupa itu sungguh mendapat harta." - Sirakh 6:14 

Saturday, May 30, 2015

"Mari, ikutlah Aku dan kamu akan Ku jadikan penjala manusia" Mrk 1:17

Oleh Helda Japanis
Temubual bersama Seminarian Stephen Esguerra sempena dengan upacara Pemberkatan dan Perasmian Chapel Baru St Angeline, Madai pada 24hb Mei 2015.
Seminarian Stephen Esguerra, sebenarnya telah membesar dan menamatkan alam persekolahannya di Tawau malah berpeluang menyambung pelajarannya ke Semananjung Malaysia. Walaubagaimana pun dia telah mengikuti keluarganya berpindah ke Kg. Madai, Kunak, Lahad Datu sekitar Tahun 2009 setelah peristiwa kebakaran yang memusnahkan rumah kediaman mereka di Tawau, tambahan mereka sudah sedia mempunyai rumah dan tanah kebun di Kampung tersebut.
Setelah berpindah ke Kg. Madai, dia masih bekerja dalam bidang perkapalan laut sebagai seorang pegawai. Kerjayanya ini membawanya belayar sehingga berbulan-bulan.  Selama lima tahun bekhidmat dengan syarikat perkapalan ini iaitu bermula dari Tahun 2004 hingga 2009 dia pun mengambil keputusan untuk berhenti kerana sudah tiba masanya dia ingin bekerja di tempat dan syarikat yang lain pula iaitu di Labuan. Lantas itu dia telah pun mengemukakan permohonannya namun tidak memperolehi jawapan dari pihak syarikat berkenaan.
Sementara menanti permohonannya diluluskan, dia berpeluang menyertai rombongan dari Tawau untuk mengikuti seminar panggilan di Bundu Tuhan pada bulan September Tahun 2009 hanya sekadar untuk tinjauan sahaja. Setelah itu, Fr. Bonaventure Unting telah memberi peluang kepada Seminarian Stephen untuk berfikir semasak-masaknya kerana dia mempunyai dua hal yang perlu diberi perhatian  sama ada terus menunggu dipanggil untuk bekerja di Labuan atau menyahut panggilan Yesus. Fr. Bonaventure telah membuka minda dan hatinya dengan mengatakan kepadanya, "jika kamu tidak cuba manalah kamu tahu. Cuba-cuba dululah, kalau rasa bukan panggilan, kamu masih boleh tarik diri." Dengan kata-kata dorongan itu, Seminarian Steven berani mengatakan "Ya" dan  dari itu mula mengolah langkah dengan mengikuti pembentukan tersebut. Tambahan pula dia mendapat sokongan padu dari kedua ibubapanya.
Dia tidak pernah menjangka bahawa perjalanannya menimba ilmu di Seminari sudah menjangkau tempoh  lima tahun dan kini berada di Tahun Pertama Teologi. Dia dapat merasakan Tuhan sentiasa mendorongnya untuk terus berada pada tahap sekarang apalagi melihat keadaan Keuskupan Sandakan khususnya begitu memerlukan penambahan pelayanan Paderi. Dia begitu tersentuh dengan kerinduan umat akan kunjungan pastoral paderi terutama di stasi luar. Belia di Kg. Madai sendiri merasakan  alangkah baik jika ada paderi yang dapat melayani selalu di kapela tersebut dan pastinya persoalan itu hanya akan terjawap bila ada yang berani tampil berjuang dengan rendah hati  untuk dibentuk dan seterusnya ditahbiskan menjadi paderi.

Seminarian Stephen yang sentiasa bersama dengan belia di St. Angeline Kg. Madai ini ketika bercuti, pernah melayani sebagai pelayan altar dan aktif mengikuti Kelompok Doa di Tawau. Dia amat mengharapkan agar ada belia-belia lain yang mengikuti jejak mereka untuk menyahut seruan Kristus. Semasa perayaan tiga dalam satu di Kapela St. Angeline pada 24 Mei 2015 yang lalu iaitu upacara pemberkatan dan perasmian Kapela St. Angeline, Madai  serta Pesta Kaamatan dia turut melayani membantu yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom dalam perjalanan Liturgi  pada hari tersebut bersama dengan Seminarian Alfonsus George.

Friday, May 29, 2015

Hari Pertama Ziarah Hati KPIK 2015

Oleh DS / sj
SANDAKAN: Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan telah menjalankan satu program khas iaitu 'Ziarah Hati 2015'  pada 1hb - 3hb Mei 2015 bertempat di Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan. Sebelas peserta terdiri dari Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) Sandakan dan Telupid  telah menyertai program tersebut.
Objektif program ini adalah untuk:-
1.Menyemarakkan semangat Misi Pelayanan dan memupuk persahabatan KPIK Sandakan

2.Memberi peluang untuk para ahli KPIP dapat berinteraksi dan berkongsi pengalaman

3. Masa menyegarkan iman dan pembentukan dari hati (Mengenal Hati Yesus)

4. Merayakan 'Sukacita Injil' dalam pelayanan KPIP
Berikut merupakan laporan mengikut hari:-
Hari Pertama, Jumaat, 1hb Mei 2015
Hari pertama tersebut dimulakan dengan menghadiri perayaan Misa Kudus Perkahwinan Sharon Tan, Pembantu Pengarah di Pejabat Belia Keuskupan Sandakan dan Rikkie Teneros. Perkahwinan campuran ini menunjukkan kesatuan dalam kepelbagaian bangsa dan budaya. Ia disusuli dengan Sesi Pembukaan, Pengenalan Program serta Suai Kenal.
Sesi 'Hadiah untuk Yesus' pula dijalankan di mana para peserta menonton tayangan video bertajuk, 'The Fourth Wise Man'. Antara perkongsian mengenai apa yang telah menyentuh hati mereka adalah seperti berikut;
1. Ketabahan hati dalam mengharungi kesusahan, pelbagai dugaan serta mengambil masa berpuluh tahun untuk menemui Yesus. - Eufronio, Telupid
2. Harapan yang tidak pernah pudar dan kesetiaan di dalam misi mencari Tuhan Yesus. - Mirasol, Sandakan
3. Kesedaran tentang hal melayani orang susah adalah sebenarnya juga telah melayani Tuhan. - Hildi, Sandakan
4. Kerendahan dan kemurahan hati dalam hal membantu orang yang memerlukan. - Terry Theresa, Telupid
5. Tidak berkira, tidak mementingkan diri dan memilih-milih siapakah yang layak menerima bantuan. - Elizabeth, Sandakan
6. Melihat penderitaan orang lain sebagai penderitaan sendiri dan berusaha untuk memberi bantuan yang termampu. - Petrus, Sandakan
7. Meninggalkan kemewahan dunia demi mencari Yesus dan menjadi pengikutNya yang setia. Melayani seperti Dia. - Stella, Sandakan
8. Pengorbanan terhadap kehidupan duniawi sememangnya ada jika ingin melayani di ladang Tuhan namun kebahagiaan yang dirasai hasil pelayanan tidak dapat diberikan oleh dunia, hanya Tuhan memberi kebahagiaan sempurna. - Shirley, Sandakan
9. Pelayanan sebagai Sister Gembala Baik memberi kepenuhan dalam hidup dan dapat menemukan Yesus secara peribadi melalui penjangkauan terhadap orang susah. Tetapi sepanjang pelayanan, kita pasti akan berhadapan dengan perkara-perkara atau orang yang membuatkan semangat kita jatuh. Namun, kesetiaan yang sebenar dan ada juga yang memberi sokongan, akan membuat kita tidak putus asa dan terus teguh dalam pelayanan. - Sr. Maria, Sandakan
Sr. Maria mengaitkan tayangan video tersebut dengan pelayanan dalam misi pembangunan insan (KPIP/KPIK). Setiap individu hendaklah setia dalam misi tersebut, dapat membantu orang lain menjalani hidup sesuai dengan ajaran sosial gereja dan dapat menyentuh hati orang lain supaya turut melakukan penjangkauan terhadap yang lebih susah, terpinggir dan hina. "Impian saya adalah hasilnya nanti lebih ramai orang akan saling menjangkau sesama yang memerlukan dengan cinta kasih Yesus. Inilah Ziarah Hati." 

Pada waktu malam pula, para peserta turut dijemput untuk menghadiri Majlis Resepsi Perkahwinan Sharon Tan dan Rikkie Teneros. Kehadiran mereka telah memeriahkan lagi majlis tersebut dan bersama dalam kegembiraan serta kesyukuran bagi pasangan yang baru sahaja mengikat janji perkahwinan untuk membentuk sebuah keluarga.

Berbahagialah Orang Yang Murah Hati, Kerana Mereka Akan Beroleh Kemurahan (Matius 5 : 7)

Oleh Helda Japanis

Temubual dengan Pn Angeline Bangad, penderma tapak Kapela St Angeline sempena dengan Upacara Pemberkatan dan Perasmian Kapela tersebut pada Ahad, 24hb Mei 2015.
Madai, Kunak : Pn. Angeline Bangad, 68, merupakan penderma bagi tapak berukuran satu ekar untuk kapela St. Angeline, Madai.  Beliau dan keluarga telah mula menetap di Kg. Madai sejak 1981 setelah memperolehi kelulusan permohonan tanah di kawasan tersebut.
Walaupun sudah berpindah ke Kg. Madai dari Kampung asalnya iaitu Kg. Kibabaig, Penampang, beribadah kepada Tuhan tidak pernah dilupakan. Maka untuk menunaikan kewajipan ini, Pn. Angeline dan keluarganya sanggup berjalan kaki sejauh dua batu untuk beribadah di rumah kecil mendiang Katekis Anna Ajak pada ketika itu. Persekitaran di Kg. Madai pada waktu itu masih dibaluti dengan hutan tebal kerana belum diterokai sepenuhnya.
Dalam Tahun 1984, Paderi Paroki St Dominic, Lahad Datu, Fr. Preyde (mendiang), lazimnya akan singgah di rumah keluarga Pn. Angeline sebelum dan selepas lawatan pastoral di kawasan Madai. 

Dan suatu ketika semasa Fr. Preyde singgah di rumah keluarga Pn. Angeline, beliau telah bertanya tentang keluasan, sempadan dan kemungkinan pihak Gereja memperolehi sebidang tanah untuk pembinaan kapela di tempat tersebut. Pihak keluarga Pn. Angeline tidak mempunyai halangan malah berbesar hati untuk memyumbangkan tapak tersebut kepada pihak Gereja. Setelah mendapat tapak tanah tersebut maka bermulalah proses pembinaan kapela di Kg. Madai ini. 

Kapela pertama di Kg. Madai telah siap dibina sekitar tahun  1988. Umat yang hadir beribadah berjumlah sekitar sepuluh orang yang terdiri dari bangsa Kadazan, Filipino, Timur dan Toraja. Pn Angeline serta suami, Robert Muji Sorop, 68 berasa amat senang setelah kapela ini siap dibina dan dapat beribadah di kapela ini kerana tidak perlu lagi berjalan kaki sehingga begitu jauh. Atas permintaan Fr. Preyde bahawa kapela ini harus dijaga dengan baik, maka kapela ini dibina berdekatan dengan rumah keluarga Pn. Angeline. Anak tunggal perempuan Pn. Angeline, Rose Robert, 40-an yang kini sudah berkeluarga telah mengambil alih meneruskan tugas menjaga kapela tersebut.
Berikut adalah gambar antara umat terawal di St. Angeline, Kg. Madai.
Selama kapela ini dibina, tidak ada masalah yang begitu mencabar yang dihadapi di tempat ini kerana semua umat saling berganding bahu. Umat di kapela ini telah berkembang dengan kehadiran umat yang kini mencecah lebih dari seratus orang.
Sejak 27 tahun lalu Kapela St. Angeline telah melalui tiga fasa pembinaan. Bagi fasa pembinaan yang kali ke-dua bangunan kapela hanya diperbesarkan, manakala fasa pembinaan kali ke-tiga, lebar masih yang sama manakala panjang telah ditambah. Kapela kini berukuran 30' x 80' dan telah dibina dengan konkrit, lebih selesa serta boleh memuatkan 200 orang pada satu masa. Bangunan baru Kapela ini terbina hasil daripada sumbangan dari pihak Keuskupan Sandakan, Paroki St Dominic, Lahad Datu dan umat setempat. 

Thursday, May 28, 2015

ST MARY'S CATHEDRAL PARISH WELCOMES THE NEOPHTYTES

BY DALIUS, SOCCOM ST. MARY
PHOTOS BY GEORGE LAWADIN

Sandakan : St. Mary's Cathedral Parish welcomed 52 newly baptized members into their fold with a dinner reception at the Parish Hall, Sunday 24th May 2015. This year around the Catholic Cathedral of St. Mary's Parish received 35 members from the Bahasa speaking community, 12 and 5 members each from the Chinese and the English speaking community. 
'Walk in the Light of God'
Before they are ready to become Catholics, they will have to undergo the Rite of Christian Initiation for Adults (RCIA) process for one year. This is a process where the adults or older children interested in the Catholic faith to build and develop their relationship with God. They are to journey with the Catholic community in prayer, catechesis and dialogue. During Easter Vigil, those who are ready to embrace the faith are baptized and fully initiated into the Catholic faith community. The newly baptized, are called Neophytes (newly planted) a term used to describe our newest Catholics and the celebration in welcoming them are held during the Feast of Pentecost.
In his welcoming address to the audience, the Rector of St Mary's Parish, Fr. Thomas Makajil expressed his gratitude to everyone for coming together this evening in welcoming the neophyes into the Catholic family. He encouraged everyone to give them the support, the help and companionship while journeying together with them in faith. At the same note he encouraged the neophytes to join the many ministries and communities in the church. 
He added, that our talent is essential to the mission of the Church, our gift is to be shared to build up His body, the Church.
During the dinner, a wide range of entertainments was presented to the audience. The highlight of the evening were the personal testimonials by the neophytes themselves. They shared on how they had changed after having encountered God, how they were healed and restored.
The reception, attended by more than 300 people, concluded at exactly 9.30 pm with a Closing Prayer led by Rev. Fr. Phillip Muji.

Hidup Berkomuniti Adalah Hidup Inklusif Dan Dalam Berkongsi Sukacita Kristus!

Oleh Rogena Roger Sining

Berikut adalah perkongsian daripada umat St Angeline, Madai. Temubual dibuat sebaik sahaja selesai upacara Pemberkatan dan Perasmian Chapel St Angeline, Madai pada 24hb Mei 2015.

Sdra Alex Yabi berhijrah dari Kota Kinabalu ke Madai pada tahun 1989 dalam usia 21 tahun. Pada mulanya, beliau datang ke Madai atas urusan kerja. 'Tempat pertama yang saya cari ialah Chapel, kerana di situ akan saya perolehi ketenangan dan akan diterima sebagai anggota keluarga besar Tuhan.' Pada tahun 1990, beliau telah berkahwin dengan Rose Mujis, anak perempuan kepada Puan Angeline Bangad, penderma tapak Chapel St Angeline, Madai.

Perkahwinan Alex Yabi merupakan pemberkatan perkahwinan pertama yang dirayakan di Chapel St. Angeline. Beliau telah dianugerahkan tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Selepas menjadi penduduk tetap dan melayani di St. Angeline Madai ini, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi KPUK St Angeline selama dua penggal pada tahun 1991-1993 dan 2012-2014.

'Saya bersyukur pada Tuhan kerana Upacara Pemberkatan dan Perasmian Chapel St Angeline diadakan pada hari ini bersempena dengan Hari Raya Pentaskota, iaitu hari lahir Gereja. Dengan itu kita hendaklah berperanan seperti anak-anak Yesus untuk menyampaikan warta baik kepada semua bangsa.' 

Kisah Para Rasul 2:3, "dan tampaklah kepada mereka lidah-lidah seperti nyala api....maka penuhlah mereka dengan Roh Kudus" ternyata Gereja diberikan kehidupan baru secara rohani. 

Beliau menambah, "Kehidupan umat Kg Madai secara berkomuniti melalui tiga Komuniti Kristian Dasar yang sedia ada memperlihatkan umat mengambil berat antara satu sama lain. Ini adalah nafas baru buat kita di Madai. Inilah kekuatan kita. Semoga hidup berkomuniti akan diperluaskan ." 

Beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Tuhan kerana perasmian dapat disempurnakan dengan baik. Beliau menambah, ini hanyalah satu tanda permulaan kerja keras demi membangunkan iman dan agar dapat diperluaskan di kalangan komuniti setempat. 

Sdra Yoseph Sogen berasal dari Larantuka, Flores, Indonesia. Beliau berhijrah ke Sabah pada tahun 1983. Selama itu beliau sudah menetap di Kunak dan Madai selama 32 tahun. Beliau berkahwin dengan Frana Joseph dan dikaruniakan dengan tiga orang putera. Beliau bekerja di sebuah estet di Kunak. Setiap minggu beliau dan keluarga akan menghadiri misa di St. Angeline, Madai.


Beliau bersyukur kepada Tuhan, kerana anak sulongnya diberi peluang untuk mengikuti latihan kemahiran di Montfort Training Centre (MTC) KK sehingga tamat kursusnya. Kini, dia bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Anak keduanya juga dalam proses memohon untuk menyertai kursus kemahiran di MTC. Semoga dia berjaya.

Pelayanan beliau di Chapel St. Angeline ini sebagai pewarta dan kadang-kadang sebagai warden. Beliau mengatakan Roh Kudus sering digambarkan sebagai api sebab ia berfungsi untuk menyucikan dan menguduskan kita. 

Oleh kerana itu, tanda orang yang mempunyai Roh Kudus atau dipenuhi Roh Kudus adalah adanya perubahan hidup ke arah yang positif. Roh Kudus turun dan beri kuasa-Nya bagi hidup kita dalam Gereja, bergantung dari persatuan kita dengan Yesus Kristus dalam doa
.
Beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan atas terbinanya Chapel baru ini. Beliau berasa sangat tenang dan gembira untuk beribadah di Chapel St. Angeline ini. Harapan beliau semoga umat-umat St. Angeline, Madai akan terus hidup berharmoni dalam komuniti. Sikap keterbukaan umat setempat khususnya suka berinteraksi dan melibatkan golongan migran amat dibanggakan. 

THANKSGIVING FELOWSHIP FOR SEMINARIAN WALTER MILTER MARIO

Tawau : Some 60 parishioners of Holy Trinity Church from the various communities and ministries gathered for a fellowship dinner with Seminarian Walter Milter Mario on 22 May 2015 at the Parish canteen. He will be leaving for St. Peter's College, Major Seminary, Kuching the following week to continue with his formation in the priesthood.
Andrew Kiat, the PPC Chairman expressed his appreciation to the Organizing Committee for their effort in arranging the event. He also thanked the parishioners for their presence and the support rendered. 
Addressing the young seminarian, he said, 'we pray for your journey in your vocation and that God's blessing and guidance be with you always.'

Fr. Johnny Raju, the Assistant Parish Priest of Holy Trinity Church shared that the fruit of faith in every parish is  the  birth of priests. Seminarians are like the seeds that the church sowed, waiting for it to germinate, sprout and grow. By the will of God, seminarians will eventually be ordained priests who will journey with his flocks to care and shepherd them to build up the Kingdom of God.  He called upon all parishioners to pray for Seminarian Walter and all other seminarians from the Diocese of Sandakan that they may be granted His compassion in their journey to the priesthood. 
While Seminarian Walter in his words of thanks, said, 'I must admit that having been in Holy Trinity Parish for a mere four months has indeed nourished me and made me more conscious of my vocation There are many areas in my journey that you have taught me. I have gained much. Surely all this experiences are useful and meaningful for my spiritual growth.
He also expressed his gratitude and thanks to Fr. Johnny Raju for his guidance during his pastoral exposure in Holy Trinity Church. He also thanked all the groups, communities and individuals for their support and guidance.

Seminarian Walter is the third seminarian assigned to Holy Trinity Church Tawau for pastoral exposure since the inception of the Diocese. His 4-month stint in Tawau from the end of January to the end of May has enhanced his social and pastoral skills. He is an approachable, friendly and kind hearted seminarian. He has journeyed with the Youth Apostolate, Altar servers, Family Life Ministry, BECs, CWA and other ministry as facilitator or speaker. His involvement in the various activities in the church shows that he is focused and geared towards his priestly vocation.

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent