Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Thursday, January 29, 2015

Mengenali dan Mengasihi Iman Katolik ~ “Apa Perbezaan Gereja Katolik, Ortodoks & Protestant”

Gambar oleh : Dominggus dan Farnandes Siprianus
Artikel oleh Nowel, Sister Evelin fsic dan Farnandes


Lahad Datu : Seramai 323 peserta telah menghadiri Seminar Mengenali dan Mengasihi  Iman Katolik - 'Apa Perbezaan Gereja Katolik, Ortodoks dan Protestant pada 17hb dan 18hb Januari 2015 di Gereja St. Dominic.  Seminar selama dua hari dalam 9 sesi, telah dianjurkan oleh Komiti Kateketikal Paroki St Dominic dibantu oleh para religius dari Kongregasi FSIC.


Seminar tersebut diawali dengan Pentakhtaan Alkitab oleh Rev. Fr. Simon Kontou, rektor paroki St.Dominic. Setelah itu, beliau telah mengongsikan secara ringkas tentang sejarah perpecahan gereja awal. 

Sr. Veronica Kandaung fsic, Sr. Imelda Anggang fsic, Sr. Evelin Tivit fsic, Sr. Dariah Ajap fsic, Sr. Christella Lim fsic dan Sr. Anita Lintanga fsic mengendalikan sesi- sesi dalam program tersebut. 
Sesi-sesi tersebut meliputi ;

  • Sejarah Ringkas Perpecahan Gereja oleh Fr. Simon Kontou
  • Sesi tentang Iman Bahagian 1 oleh Sr. Veronica Kandaung fsic
  • Sesi tentang Iman Bahagian 2 oleh Sr. Veronica Kandaung fsic
  • Sesi tentang Tuhan oleh Sr. Imelda fsic
  • Sesi tentang Penyembahan oleh Sr. Evelin Tivit fsic
  • Sesi tentang Keselamatan oleh Sr. Dariah Ajap fsic
  • Cabaran Iman Katolik oleh Sr. Veronica Kandaung fsic
  • Sesi tentang Etika oleh Sr. Anita Lintanga fsic
  • Sesi tentang Ekumenisme oleh Sr. Anita Lintanga fsic
Dalam sesi yang seterusnya para Sister telah mengongsikan secara lebih terperinci mengenai Asas dan Iman Katolik (Melalui Kitab Suci, Tradisi Suci dan Magesterium) terutama ciri-ciri Tri Tunggal, 2 sifat Yesus iaitu Manusia dan juga Tuhan. Dalam masa yang sama juga cara-cara kepercayaan serta perjalanan iman bagi gereja Ortodoks dan Protestant turut dikongsikan dan para peserta didedahkan bagaimana indahnya perjalanan iman Katolik dan mengapa kita sebagai umat Katolik harus bersyukur menjadi seorang Katolik.
Dalam sesi “Cabaran Iman Katolik,” Sr.Veronica fsic telah mengongsikan bagaimana dunia sekarang cuba untuk memanipulasi iman umat Katolik terutamanya generasi muda (kanak-kanak dan belia) dengan pelbagai cara dan yang paling ketara sekali melalui pendidikan, perbankan dan pentadbiran. Melalui pendedahan ini, ia merupakan perkara yang sangat baik agar umat masa kini tidak leka dan akan mengambil serius terhadap perkara ini.
Di akhir sesi pula beberapa peserta telah diberi peluang untuk memberi perkongsian tentang pengalaman serta informasi yang mereka alami di sepanjang seminar tersebut. 
Patricia telah mengongsikan bahawa pada mulanya beliau merasa hairan dan tertanya-tanya, “Apakah keistimewaan Gereja Katolik”. 
“Saya sebenarnya belum dibaptis sebagai seorang Kristian Katolik dan masih mengikuti kelas IKD. Sebelum ini juga saya pernah pergi ke gereja-gereja lain untuk mencari Tuhan, namun saya tidak menjumpaiNya” ujar beliau. 
Namun, setelah beliau mengikuti seminar ini, beliau mulai memahami apa itu Katolik, dan diakhir perkongsiannya beliau mengatakan, “Saya bangga menjadi seorang Katolik”.
Komiti Kateketikal juga akan mengambil tindakan susulan bagi mengongsikan pengalaman serta informasi ini kepada umat di luar stasi dan umat di paroki yang tidak dapat hadir pada seminar tersebut.

Wednesday, January 28, 2015

Apa Yang Mereka Katakan

Temubual oleh Helda Japanis

DAMASUS KAYUN

DAMASUS KAYUN  bertugas sebagai Katekis di Kapela St. Simon, Kg. Timpus, Paitan. Beliau telah melayani sebagai katekis lebih dari 10 tahun. Malah sebelum menjadi katekis beliau sudah mula menjadi tenaga pembimbing ajaran agama Katolik. Dengan rendah hati beliau berkata walaupun sudah menjadi katekis lebih dari 10 tahun tetapi beliau masih perlu belajar tentang kaedah-kaedah dan pendekatan efektif untuk memperkembangkan iman Katolik di Misi Paitan ini.
Banyak perubahan ketara telah berlaku di Misi Paitan, khususnya di Kampung tersebut. Penduduk-penduduk kini lebih cenderung mengimani agama Katolik dan meninggalkan kepercayaan nenek moyang mereka yang lebih menjurus kepada amalan ilmu.
Beliau merasa gembira sekali dan berbangga terutama akan kehadiran Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom untuk memberkati serta merayakan Ekaristi bersama di kapela St. Simon, Kg. Timpus pada 17 Januari 2015. Kehadiran Bapa Uskup memberi semangat kepada umat setempat Kapela tersebut. Beliau menekankan bahawa iman harus dipelihara sebab tanpa iman umat tidak ada sandaran yang kukuh dan berharap agar umat mempertahankan iman dan menurunkannya kepada anak cucu. 


DANIEL ZULLIAN, Kampung Tantabong.
Bersempena dengan lawatan rasmi Bapa Uskup ke Misi Paitan buat kali yang ke-3 serta sambutan ulangtahun ke-33 Misi Paitan, merupakan pengalaman yang cukup bermakna bagi saya sendiri. Sambutan seperti ini adalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua umat Katolik Misi Paitan khususnya kami umat di St. Francis Assisi, Kg. Sukang. Ianya bukan sahaja memberi peluang kepada kami untuk menyertai sambutan besar seperti ini namun juga berpeluang untuk menjadi tuan rumah bagi majlis ini. 

Antara detik yang cukup menarik bagi saya sempena lawatan Bapa Uskup kali ini adalah upacara Sakramen Penguatan buat 111 calon. Selaku AJK penganjur pada majlis ini, persiapannya amatlah mencabar, memandangkan cuaca yang tidak menentu dengan hujan yang berterusan. Keadaan hujan yang hampir setiap hari menyulitkan kami dan wakil setiap chapel di seluruh misi untuk berkumpul menyiapkan segala persediaan. Ditambah pula dengan tugasan saya sebagai AJK serta juga calon penguatan pada masa yang sama cukup mencabar bagi saya. 
Namun begitu, saya rasa amat bersyukur, walaupun tanggungjawab kami yang cukup berat namun saya selalu teringat yang walaupun kita berada dalam kesusahan namun ianya adalah peluang yang Tuhan berikan kepada kita untuk mendekatiNya. Terima kasih atas semua sokongan dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perayaan ini. Tuhan memberkati. Amen!


SAUDARA ABDUL PIUS, Kampung Timpus, Paitan
Sdra Abdul Pius telah menjadi Katolik sejak 20 tahun yang lalu. Sejak dibaptis beliau tidak tetap tinggal di Kampung. Walau bagaimanapun, beliau merasa senang sekali akan lawatan Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom untuk memberkati kapela St. Simon, Timpus pada 17 Januari 2015 yang lalu dan amnya di Misi Paitan kali ini memandangkan kunjungan Bapa Uskup ke Paitan jarang-jarang berlaku.
Menurut beliau sebelum agama Katolik di sebar di Paitan, penduduk di sini rata-rata lebih cenderung mengamalkan ilmu kepercayaan nenek moyang mereka. Namun kini beliau sangat bersyukur kerana sudah ramai umat yang percaya kepada Kristus terutama agama Katolik.
Beliau menjangka bahawa Misi Paitan mempunyai harapan menjadi lebih maju pada masa hadapan bukan saja dari segi ekonomi tetapi terutama sekali dari segi kerohanian.
           

Bapa Uskup Julius Mengurapi Minyak Suci Krisma Pada 111 Calon Penguatan

Berita dan gambar oleh : 
GBell dan Helda Japanis
Panorama kawasan Chapel St. Francis of Assisi Kg. Sukang Paitan
Paitan :  Pada hari kedua lawatan pastoral Bapa Uskup Julius Dusin Gitom ke Misi Paitan, 18hb Januari 2015, beliau telah mengurapi minyak suci krisma kepada 111 calon dalam upacara Sakramen Penguatan di Chapel St Francis of Assisi, Sukang. Kampung tersebut terletak 192 KM dari pusat bandar Sandakan.

Kehadiran umat dalam perayaan Ekaristi dianggarkan sekitar 500 orang yang datang dari persekitaran kampung-kampung daerah kecil Paitan.


Turut hadir bersama dalam upacara tersebut ialah Rev. Fr. Thomas Makajil rektor paroki Katedral St. Mary Sandakan, Sr. Appolonia Gumpu fsic, Sr Maria Dipal rgs serta beberapa ahli rombongan dari Sandakan, Ulu Dusun dan Beluran.
Bacaan Pertama : 1Sam. 3:3b-10,19; Mazmur : Mzm. 40:2,4ab,7-8a,8b-9,10; Bacaan Kedua : 1Kor. 6:13c-15a,17-20; Injil : Yoh. 1:35-42
 Umat yang menyertai Misa Kudus
Bishop of the Diocese of Sandakan
Bapa Uskup Julius
Bapa Uskup Julius dalam homilinya memanjatkan syukur kepada Tuhan atas berkat dan rahmatNya yang senantiasa dicurahkan kepada para pengikutNya khususnya bagi 111 calon penguatan. Sakramen Penguatan mengingatkan kita bahawa kita sudah dewasa dalam iman, harus turut serta dalam misi gereja dalam dunia ini, menyebarkan Injil Keselamatan kepada orang lain terutama kepada mereka yang belum mengenal Kristus.

Bapa Uskup mengingatkan para calon penguatan, juga semua umat bahawa mereka harus memberi perhatian kepada tiga perkara sebagai panduan menghidupi iman Katolik.


Kita tidak boleh memberi kepada orang lain yang tidak kita miliki. 

Jika Kristus belum hidup dalam peribadi kita, kita tidak boleh membawa Kristus kepada orang lain. Hanya apabila kita mempunyai hubungan intim dengan Kristus, barulah kita boleh membawa Kristus kepada orang lain. Kita harus memiliki iman yang teguh agar menjadi pembawa Kristus kepada dunia ini supaya dunia kenal Kristus sebagai Juruselamat. Beliau mengajak semua umat agar misi menyebarluas Kristus yang merupakan tanggungjawab besar bermula daripada setiap individu.

Perbuatan sentiasa lebih menyakinkan daripada kata-kata kita.
Ada yang mengaku beriman tetapi perbuatannya sama sekali tidak mencerminkan hidup beriman. Kehidupan sedemikian tidak menyakinkan orang lain kerana kita dianggap sebagai tin kosong. Iman sepatututnya mendorong kita melakukan perbuatan yang menyenangkan hati Tuhan. Iman bukan sekadar percaya, kita boleh melihatnya dari tingkahlaku kita.
Ketika kita mengimani Tuhan, maka ini akan terlihat dari sikap hidup dan perbuatan kita seharian. Iman adalah akar kehidupan dan perbuatan baik adalah buahnya. Kita sendiri harus memulakan bukan dengan banyak kata-kata tetapi kita lakukan melalui perbuatan kita. Perbuatan yang baik lebih berkesan dari kata-kata belaka.

Hubungan dengan Tuhan
Umat hendaklah sentiasa bersandar sepenuhnya kepada Tuhan. Amalan yang baik ialah berdoa kepada Tuhan dan harus dipupuk agar menjadi budaya hidup. Berdoa itu penting, umpama 'makanan' harian memberi tenaga untuk meneruskan hidup. Bersikap sedemikian dapat membina hubungan lebih intim dengan Tuhan. Berdoa, samada secara individu mahu pun kelompok boleh menjadi kesaksian bagi kita sebagai putera-puteriNya. Beliau menyeru semua umat, khususnya calon penguatan agar memupuk amalan kehidupan berdoa 

Bapa Uskup juga mengingatkan semua umat untuk berdoa khusus bagi hari perbicaraan dalam Mahkamah Agung di Kuala Lumpur berkenaan dengan kes penggunaan kalimah Allah dalam Mingguan Katolik Herald terbitan Keuskupan Agung Kuala Lumpur  pada 21hb Januari 2015. 
Upacara mengurapi Minyak Suci Krisma dalam Sakramen Penguatan oleh Bapa Uskup Julius

MAJLIS UCAPAN

Sdra Willy Pius
Pengerusi KUK Paitan, sdra Willy Pius mengharapkan sokongan daripada para sukarelawan dari luar untuk datang membantu Paitan dari segi material dan pelayanan kerohanian. Menurutnya Misi Paitan amat kekurangan dari segi bahan-bahan katekesis. Beliau berharap bahan-bahan tersebut dapat disumbangkan kepada mereka.
Sdra Pilis Malim
Sdra Pilis Malim, Pengerusi MPP Katedral St Mary, Sandakan mengucapkan syabas kepada umat Katolik Paitan yang merayakan ulang tahun khabar Gembira yang ke-33 tahun sejak mulanya Misi Paitan pada 1982 merujuk pada sejarah yang ditulis oleh sdra Henry Solibun di buku kenangan sempena lawatan pastoral Uskup ke Paitan. Beliau ingin mengajak komiti dari Katedral untuk berusaha membantu dari segi kunjungan pastoral, bahan material dan sebagainya menurut kemampuan selain dari berdoa kepada Tuhan untuk terus membangun iman penduduk Katolik Paitan.  
Ketua Katekis Paitan sdra Peter Saimin
Beliau mengimbas kembali kedatangan Khabar Gembira ke Paitan pada awal 80an yang dilakukan oleh orang awam dari Beluran iaitu mendiang Stephen Ubing dan mendiang Michael Anthony. Beliau mengajak semua umat untuk bersyukur atas pengorbanan mereka. Aktiviti mereka ini berterusan sehingga tertubuhnya Misi Paitan dari Sandakan. Selama 30 tahun, Misi Paitan senantiasa menerima sumbangan tenaga, material dan bantuan pembangunan kerohanian daripada berbagai perkumpulan dan Komuniti, seperti perkumpulan Karismatik, Kerasulan Wanita dan orang perseorangan. 
Fr Thomas Makajil
Fr. Thomas menyampaikan ucapan terima kasih atas lawatan pastoral Bapa Uskup Julius dan sokongan daripada umat Katolik dari Sandakan. Seterusnya, beliau mengucapkan syabas kepada 111 yang menerima Sakramen Penguatan disamping memberi nasihat-nasihat tentang cabaran-cabaran baru yang mungkin dihadapi. Fr. Thomas mengajak para muda mudi mengambil bahagian dalam usaha membangunkan komuniti Misi Paitan.
Bapa Uskup Julius
Bapa Uskup Julius mengajak umat bersyukur kepada rahmat Tuhan atas perubahan yang telah berlaku di Misi Paitan sejak 1982. Ia umpama benih kecil yang ditabur dan kini menjadi sebuah pohon yang besar. Saat ini, kita dapat melihat buah-buahnya yang baik. Beliau mengajak para umat agar bersatu dan menjaga kerohanian bersama-sama sebagai satu komuniti Kristian yang memiliki semangat kepunyaan.

USKUP MENYAMPAIKAN PENGHARGAAN KEPADA PARA KATEKIS DAN SUKARELAWAN

Berikut adalah album kenangan penyampaian cenderamata daripada Bapa Uskup kepada semua katekis lama dan baru yang melayani di Misi Paitan.

UPACARA MEMBERKATI GROTTO MARIA

Gambar berikut adalah upacara memberkati Grotto Bunda Maria yang dibina oleh Komuniti Pembaharuan Karismatik Katolik Bahasa Malaysia dari Katedral St. Mary, Sandakan yang diketuai oleh Sdra Adaris Sintan.
Uskup Julius dan Fr. Thomas bersama-sama menekan butang air pancutan sebagai tanda perasmian Grotto (Gua Maria)
 di Kampung Sukang.
Album kenangan di Grotto Sukang sempena pemberkatan.

USKUP MELAWAT GERAI KOMUNITI KRISTIAN DASAR PAITAN

Gerai komuniti dari St. Francis Kg. Sukang, Paitan
Gerai komuniti Katolik dari Kg. Pinangkau, Paitan
Sr. Appollonia FSIC mencuba resepi masakan tradisional daripada penduduk tempatan Paitan. Gerai komuniti dari Kg. Tangkarason, Paitan 
Uskup melawat gerai komuniti Kristian dari Kg. Tangkarason, Paitan
Uskup melawat gerai komuniti Kristian dari St. Simon Kg. Timpus, Paitan
Fr. Thomas melawat gerai komuniti Kristian dari St. Petrus Kg. Tawanan, Paitan

ANTARA ACARA YANG MENARIK DALAM PERSEMBAHAN PENTAS

Persembahan tarian tradisional daripada Komuniti Indonesia
Persembahan tarian daripada belia St. Francis of Assisi Kg. Sukang
Persembahan tarian Mogigol dari Kg. Panangkau Paitan 

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent