Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, November 27, 2012

Thursday, November 22, 2012

儿童工厂 - 《圣洗圣事》


Edward Koh SOCCOM Tawau

斗湖圣三天主堂的儿童圣道礼仪每年都以不同的主题为儿童圣道礼仪及主日学学生举办儿童工厂,今年也不列外。在20121113日(星期二)举办了一个主题为《圣洗圣事》的儿童工厂,这个工厂分别以国语,英语及华语在各自的场所进行。时间是由早上8点半以弥撒作为开始,接着是讲座会,最后以游戏作为结束。一共有19位年龄介于5岁至16岁的儿童圣道礼仪及主日学学生参加。Imelda黄士英传道员担任华文讲师。
讲座会的讲题分别是(一)什么是圣洗 (二)为什么我们要受洗?(三)领洗仪式(四)领洗的标记及其意义(五)领洗的承诺。黄士英传道员说出圣洗是整个基督徒生命的基础,藉着圣洗,我们从罪恶中获得解放,重生为天主的子女,成为基督的肢体,加入教会,并分担他的使命。同时她也讲解水,圣油,蜡烛,白衣的意义。最后她告诉参加者,经过了洗礼,我们要遵守洗礼的盟约,时时在我们生活当中活出天主的爱。
最后在更新领洗誓愿中,所有的出席者发了洗礼承诺后,手里拿着蜡烛一个个的在十字圣架前静默片刻,然后鞠躬退下。并以一首《我已经决定》作为讲座会的结束。
下午三点的游戏是出席者最盼望,最欢乐的时光.三组语言的小孩一起参与玩分别于讲题有关的团体游戏,大家玩得不亦乐乎.直到四点,所有参加者手里拿着一份小礼物,脸上带着喜乐的笑容尽兴回家。

Wednesday, November 21, 2012

PERAYAAN ULANG TAHUN KE-2 KKD TAMAN INDAH JAYA

Oleh Dalius LL SOCCOM Sandakan


Sandakan: Komuniti Kristian Dasar (KKD) Taman Indah Jaya (TIJ) merayakan ulang tahunnya yang ke-2 pada 15hb November 2012 di rumah sdra Martin Junius, salah seorang daripada 130 keluarga Katolik yang berbilang kaum di taman perumahan ini. Misa kudus dirayakan pada jam 10.00 pagi dengan Fr. Thomas Makajil sebagai selebrannya yang dihadiri seramai 150 umat di KKD ini, juga para jemputan daripada KKD yang bernaung di bawah paroki Katedral St. Mary.
Dalam homilinya, Fr. Thomas menerangkan pembacaan injil hari ini yang menyatakan jika kita mempunyai iman maka Allah itu adalah penyelamat kita dan akan bersama dengan kita kerana Allah adalah sumber kekuatan kita. Tambahnya lagi “Perhimpunan umat KKD pada hari ini adalah berasaskan kepada iman ini kerana kita mahukan bersama Tuhan dan melayani Allah seperti yang dikatakan oleh Yesus”. 
Sempena dengan Tahun Iman ini, Fr. Thomas menyeru semua umat KKD untuk membuat penginjilan / pejangkauan kepada umat Katolik yang lain dalam apa cara sekalipun khususnya dalam penggunaan media massa dan internet. Selepas homili, barisan kepimpinan KKD TIJ yang baru 2012-2013 tampil ke hadapan untuk diberkati dan diutus sebagai pelayan-pelayan Tuhan di KKD Taman ini.
Clockwise from top left : Leonie, Dominic, Fr Thomas, Pilis Malim
Selepas Misa, perayaan diteruskan dengan jemputan umat ke jamuan makan tengahari. Sdra Dominic Sintar, pengerusi KKD TIJ dalam kata-kata aluannya, memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas penganjuran ulang tahun ke-2 ini dan merakamkan terima kasih atas kehadiran Fr. Thomas untuk merayakan misa kudus bersama umat di KKD TIJ. Beliau seterusnya memaklumkan para hadirin aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh barisan ahli jawatankuasa (AJK) KKD TIJ. Aktiviti-aktiviti tersenarai juga adalah sebagai satu latihan pendedahan (training ground) kepada AJK TIJ untuk melayani ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat Katedral. Dalam ucapan alu-aluan wakil kepada Majlis Pastoral Paroki (MPP) sdra Pilis Malim,  mengucapkan tahniah dan syabas MPP kepada KKD TIJ sempena ulang tahunnya yang ke-2. Beliau melihat peranan KKD ini sangat penting sebagai satu mekanisme asas pembentukan dan pembaharuan iman umat setempat. Melalui peranan KKD-KKD ini, mereka dapat membantu Gereja di dalam kerja-kerja pastoral dan transformasi iman umat Katolik di paroki ini. Dalam ucapan Fr. Thomas Makajil, beliau menyatakan kegembiraan beliau atas visi KKD TIJ untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sempena Tahun Iman demi untuk menerapkan ajaran Yesus dan mengukuhkan iman umat di KKD ini. Beliau juga mengucapkan syabas kepada AJK TIJ yang menumpukan kepada pembabitan muda-mudi didalam penganjuran aktiviti-aktiviti mereka. Fr. Thomas menyeru agar KKD TIJ untuk terus berusaha  dalam pembentukan iman umat Katolik di Taman ini.
Selepas jamuan, para hadirin dipersembahkan dengan nyanyian daripada belia KKD TIJ, tayangan slide aktiviti KKD TIJ, nyanyian karaoke dan cabutan tiket bertuah. Perayaan pada petang ini juga memberi peluang kepada umat-umat berkenalan dan mengeratkan perhubungan kejiranan sesama mereka. Perayaan ulang tahun KKD TIJ selesai pada jam 6.00 petang dengan doa penutup oleh saudara Leonnie Degullacion dan seterus bergotong royong membersihkan tempat tersebut.

Foto oleh Frankie dan Bell

Tuesday, November 20, 2012

SILAM YOUTHS GRAND REUNION 80’s & 90’s


Lorna Lasay SDC Lahad Datu

Lahad Datu : Satu ‘reunion’ telah diadakan pada 15hb November, 2012 buat pertama kalinya di Chapel Our Lady of the Pillar, Silam. Chapel ini adalah salah satu stasi luar Gereja St. Dominic, Lahad Datu kira-kira 14km jauhnya dari Bandar Lahad Datu.


Reunion ini telah dianjurkan oleh beberapa orang bekas belia yang pernah melayani sebagai belia di Chapel tersebut pada tahun 80an dan 90an yang diketuai oleh Sdra. Teodulfo Rosalia Jr. serta isterinya, Sdri. Lorna Lasay. 


Seramai 41 orang bekas belia Silam telah menghadiri reunion ini dan kebanyakan mereka sudah berumahtangga dan tinggal di luar Silam Camp dan juga luar daerah Lahad Datu.


Program sepanjang hari bermula jam 9:30 pagi sehingga jam 3:30 ptg itu telah disediakan pelbagai aktiviti yang sangat menyeronokkan dan menyentuhkan hati setiap peribadi bekas belia yang hadir. Kegembiraan bersama dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa, akhirnya dapat dikecapi dalam reunion sehari suntuk ini. 


Ada beberapa orang bekas belia yang telah menghantar pesan melalui rakaman video dan telah ditayangkan melalui slide. Perkongsian mereka telah memberi inspirasi yang berguna, memberangsangkan serta menggembirakan.


Para bekas belia yang hadir mengharapkan agar reunion seperti ini akan diadakan lagi kerana reunion ini telah membawa mereka satu pengalaman yang sangat menyeronokkan serta telah memperingatkan mereka bahawa pentingnya ‘persahabatan’  dan campurtangan Tuhan terutamanya yang telah kami bina sejak dari dahulu semasa dalam pelayanan kami sebagai belia. 

Monday, November 19, 2012

Pembaptisan Bayi Dan Kanak-Kanak Katolik Di OLOF Beluran

Daripada :
Mathew Kiun @ Geoffry
AJK MPUK (Publisiti dan Dokumentasi)
Gereja Our Lady of Fatima, Beluran

Seramai 32 kanak-kanak dan bayi telah menerima Sakramen Pembaptisan di Gereja Our Lady Of Fatima, Beluran pada 14hb November 2012. Misa Kudus pada jam 10.30 pagi, telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil, Paderi Paroki St. Mary, Sandakan. 

Pembaptisan adalah sakramen atau rahmat penyelamatan dan berada dalam Perjanjian Baru. Seseorang yang dibaptis telah menjadi keluarga Allah Tritunggal. Pembaptisan adalah merupakan ajaran Yesus sendiri agar semua manusia dibaptis dalam Nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. 

Dengan nama Tritunggal bayi itu yang dibaptis, telah dibebaskan dari ikatan dosa asal Adam. Maka bayi itu berada dalam satu roh/jiwa dengan Tuhan dan keluarga Kristian. Pertama tanggungjawab para malaikat surga utusan Tuhan untuk melindungiNya, dan kedua ibu bapa Katolik itu sendiri adalah merupakan pemberi ajaran Katolik  kepada kanak-kanak tersebut sehingga ia memasuki pemahaman tentang sakramen pengurapan minyak suci krisma dan penyambutan pertama. Ketiga, penanggung kepada bayi itu sendiri harus menegur dan keempat adalah tanggungjawab besar bagi Komuniti Kristian (KKD) sentiasa berjalan bersama  dan mendampingi mereka dalam pembentukan iman.

Sebelum upacara sakramen yang disempurnakan oleh paderi, Ibu Bapa juga terlebih dahulu telah diberi taklimat oleh Komiti Katekatikal yang mengendalikan upacara ini tentang apa erti pembaptisan. Mereka juga diberi pengertian tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa serta kewajiban untuk mendidik anaknya menurut nilai-nilai Kristian. Kelayakan untuk bayi dibaptis adalah ibu-bapa itu sendiri adalah penerima sakramen perkahwinan.

 Sdr. Albert Thomas, pengerusi Komiti Umat Katolik , OLOF Beluran mengucapkan tahniah kepada Fr.Thomas sempena Ulang Tahun kepaderiannya yang ke-34
Selepas upacara Misa Kudus selesai, Fr. Thomas diraikan dengan acara pemotongan kek sempena ulangtahun ke-34 kepaderian beliau bersama AJK MPUK Beluran. Aktiviti diteruskan dengan jamuan makan tengah hari.

Saturday, November 17, 2012

BASIC BIBLE SEMINAR AT ST MARY'S CATHEDRAL

     BY DALIUS LL SOCCOM SANDAKAN

Sandakan : In conjunction with the Year of Faith, the Parish Biblical Committee organized the very first Bible Seminar for the year in St. Mary's Cathedral on Tuesday, 13th November 2012. The event started at 8.00am with the Eucharistic Celebration presided over by Fr. Anthony Mikat concelebrated by Fr. Simon Kontou, the main speaker from St Dominic's Parish Lahad Datu.  
In his homily, Fr. Anthony made it a point to the 200 participants that their attendance in the seminar is for them to understand the importance of the Bible, the living word made flesh through Christ himself. He reminded them that our belief and faith will remain strong if we have the word impregnated in one’s life. He added, “We cannot be good witnesses to others if we do not have the understanding of the Sacred Scripture, the living word”. He related that with the Year of Faith ~  it is timely to check on ones’ faith and to rekindle and enliven it which shall be backed by the many programs of the Church.
The Parish Bible Committee under the chairmanship of Ezechiel Kunti was formed two months ago with its objectives to inculcate the faithful in this parish the need for Bible reading in their daily lives, to provide them the basic and correct understanding of the Bible, to enlighten them on the authenticity of the Catholic Faith based on the Sacred Scripture, Sacred Tradition and Magisterium, and finally to make them aware of the science and the art of Catholic apologetics.
The seminar started at exactly 10.00am with a welcoming address from the Parish Pastoral Council Chairman, Patrick Seah. He commended the Bible Committee for taking the initiative to organize                                       the first faith filled event since the launching of the Year of Faith about a week ago. He called upon the participants to take the opportunity to gain as much knowledge as possible from the seminar.
The seminar consisted of 5 sessions facilitated by Fr. Simon Kontou the Chairman of the Sandakan Diocesan Biblical Commission and his committee Teodulfo Rosalia.


 
The subjects covered are:
  • An Introduction to the Bible
  • The Origin of the Bible
  • Basic Reading of the Bible
  • Lectio Divina
  • Sola Scriptura

Fr Simon Kontou
Teodulfo Rosalia
The seminar was very informative and enlightening to the participants especially on the history of the Bible; the relation of the Old Testament and the New Testament; the differences of the Catholic and Protestant Bibles; guidance in interpreting the Bible, the Sacred Tradition and Magisterium; how to do reading, reflection, meditation and contemplation of the Bible; and the Biblical foundational doctrinal principal of the Catholic faith and that of the Protestant Churches.
 

The Biblical Committee hoped that the first series of such seminar in this parish will deepen the participants understanding of God’s Word, strengthen their faith and bring about renewal, transformation and eventually the salvation of souls. The one-day Bible seminar concluded at 4.30pm with a Closing Prayer led by Fr. Simon Kontou.
  Photos by Bell and Dexter

Saturday, November 10, 2012

PROGRAM PENANGGUHAN: Pertemuan Minggu Krisma (PMK) 2012

Oleh Victoria Yam PYA Lahad Datu


Lahad DatuSetelah hampir 3 tahun tidak terlaksana program penangguhan bagi calon penguatan, akhirnya pada 27hb - 28hb Oktober yang lalu, Tim Kerasulan Belia Paroki Lahad Datu dengan kerjasama pembimbing Pertemuan Minggu Krisma (PMK) telah menganjurkan program tersebut dengan penyertaan seramai 130 calon  dari keseluruhan Paroki St Dominic. 
Tema program penangguhan ini adalah “Perjalanan Ke Emaus”. Tema ini telah dipilih oleh Tim KBP sendiri dengan tujuan memberi kesedaran kepada para calon tentang keimanan juga memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan Yesus. Kebanyakkan para calon adalah berumur di antara 13-15 tahun ~ masa remaja yang amat memerlukan pembentukan keimanan. Selepas sahaja Sakramen Penguatan, masih ada lagi perjalanan yang perlu dihadapi oleh para calon. Program ini dimulakan dengan misa petang, dirayakan oleh Rev. Fr. Marcellinus. Selepas itu ia disusuli dengan sesi 'Perjalanan ke Emaus'. Stesen pertama adalah “My story”, stesen kedua “My downfall”, stesen ketiga “My disappointment” di mana para calon penguatan dikehendaki menulis kekecewaan mereka di atas kertas.

Stesen terakhir adalah “My Respond” di mana para calon berkumpul di sekeliling camp fire dan segala kekecewaan yang tertulis telah dibuang ke atas unggun api. Ini tandanya untuk membakar segala yang mereka telah meluahkan melalui catatan di kepingan kertas dan melupakan segala-galanya dan memulakan dengan satu harapan baru, memberi fokus kepada Yesus ~ 'Jadi siapa yang ada di dalam Yesus, ia adalah ciptaan baru : yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang.' - 2 KOR 5 : 17.
Pada keesokkan hari, Sr Marysia FSIC telah mengendalikan sesi doa pagi, disusuli dengan katekisis mengenai Peranan Belia yang disampaikan oleh Victoria Yam. Sesi diteruskan dengan tayangan video klip 'Perjalanan Ke Emaus'.
Program diteruskan dengan sesi harapan di mana para calon penguatan dikehendaki untuk menulis harapan mereka dan memaku harapan mereka di atas kayu salib. Sesi ini telah dikendalikan oleh sdra Michael. Ini menandakan bahawa Yesus tidak akan menghampakan kita dan haruslah senantiasa percaya bahawa di sebalik kekecewaan yang dihadapi, harapan masih ada bagi kita yang beriman dan berdoa selalu kepada DIA. 'Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada-Nya, sebab Dia yang memelihara kamu.' - 1 Petrus 5 - 7. Kita harus yakin bahawa Allah peduli.
Program ini diakhiri dengan sesi para liturgi yang dipimpin oleh sdra Farnandes. Selesai sahaja program ini, raptai untuk para calon dan penanggung telah dijalankan. Ini merupakan kali pertama Tim KBP Lahad Datu menganjurkan program penangguhan untuk para calon penguatan. Diharap pada masa akan datang, Tim KBP dapat berkerjasama dengan pembimbing PMK dalam menganjurkan program-program sedemikian.

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent