Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, January 31, 2012

MINI DELEGATE ASSEMBLY - OLOF BELURAN

Reported by, DaliusLL
BELURAN : The mini Delegate Assembly (PDA) resumed this year at Our Lady of Fatima (OLOF) Beluran as the host which was held on the 28th January 2012. A total of 58 participants attended the mini PDA, representing members from the Majlis Paroki Umat Katolik (MPUK) and the various ministries, communities and groupings around Beluran.


The Chairman of MPUK, Albert Thomas Enti
PPC Chairman Patrick Seah
Matius Sodomon
The Chairman of MPUK, Albert Thomas Enti in his welcoming address thanked the Mini PDA Task Force Team from St. Mary's Cathedral, led by the PPC Chairman Patrick Seah along with Pilis Malim, the main coordinator and Matheus Sedomon, for their support, time and assistance in making the mini assembly possible in the sub-parish. He was pleased to see the overwhelming response from the parishioners, indicating their eagerness to contribute towards the  formulation of  the vision and mission statement of  the Sandakan Diocese.

The session started at 9.00am with the participants being divided into 8 groups of 7 - 8 people each and the brain storming session generated lots of ideas, suggestions and constructive criticism especially from the youth on the subject of the reality of the current scenario of their local church. The presentations of their collective ideas in the group which consisted the young and the seniors were indeed enriching and inspiring. The feedback collected from them will be evaluated and documented to be presented in the upcoming general parish assembly. The findings in every parish then become the basis of establishing the formulation of the Vision and Mission Statement for the Diocese of Sandakan.
 Main Facilitator, Pilis Malim
The mini assembly ended at 5.30pm with a closing prayer led by Catechist Hendrikus Bernadus and group photo taking.

Monday, January 30, 2012

Seminar Kepimpinan KKD St Dominic Lahad Datu

SY Soccom Lahad Datu
Lahad Datu - Setelah empat tahun KKD di paroki St Dominic dibentuk, sejak tahun 2008, seminar kepimpinan KKD sekali lagi diadakan selama dua hari iaitu pada 14-15 Januari 2012 bertempat di Dewan Gereja St Dominic. Seminar kali ini disertai oleh lebih 140 orang pemimpin KKD di paroki St Dominic dan stasiluar. 


Penceramah jemputan untuk seminar ini adalah saudara John Lainsin dari Diosis Keningau. Seminar ini dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Rev Fr Simon Kontou disusuli dengan slot "Ice Breaker" melalui 'nyanyian dan aksi'.


Seminar ini dibahagi kepada tiga sesi iaitu :-

1) Kepimpinan Dalam Gereja
Saudara John Lainsin menerangkan bahawa dalam KKD, setiap ahli haruslah komited untuk datang, duduk dan dengar. Sifat berpartisipasi (take part)  dan ambil peduli terhadap keadaan ahli sekitar kawasan KKD adalah penting dalam perkembangan KKD tersebut.

Seperti dalam Mrk 9:33-37, sebagai peminpin haruslah melayani dan berhati-hati dalam pelayanan kerana akan ada percubaan dan cabaran dalam proses tersebut. Saudara John turut menerangkan perbezaan antara pelayanan dan kerja. Beliau turut mengingatkan para pemimpin KKD bahawa dalam pelayanan, jangan ada yang terlalu mementingkan kejayaan tetapi kesetian dalam melakukan pelayanan itu yang harus diutamakan.

2) Komunikasi yang Efektif
Dalam sesi ini, saudara John menerangkan akan kebaikan dan keburukan komunikasi dalam 3 peringkat umur iaitu golongan berusia, dewasa dan kanak-kanak. Setiap ahli KKD haruslah mengamalkan sikap "win-win" dalam perbincangan agar setiap perbincangan dapat mencapai persetujuan daripada semua ahli. "Tujuan KKD adalah seperti cara hidup jemaat yang pertama terdapat dalam Kis 2:41-47" kata saudara John.

3) Pertumbuhan Komuniti Yang Berakar dan Beriman
KKD adalah rumah untuk semua. (Kis 4:32-37). Hidup sebagai KKD seharusnya sentiasa saling berkongsi, membaca kitab suci bersama dan saling tolong menolong. Mat18:19-22, Yesus harus lah menjadi sumber pertemuan dan aktiviti KKD agar membuahkan hasil.

Bengkel diadakan setiap sesi dan para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk perbincangan dan perkongsian.


Seminar ini diakhiri dengan ucapan daripada wakil MPP saudara Willie Binati dan Rev Fr Simon Kontou, penyampaian hadiah cenderakenangan kepada Saudara John Lainsin atas kesudian beliau memberi ceramah tentang KKD untuk kali kedua di paroki ini. 

Tuesday, January 17, 2012

FEAST OF ST. NINO DE CEBU HOLY TRINITY PARISH TAWAU

JCK- SOCCOM Tawau.


Tawau : The Filipino Pastoral Community ( FPC ) of Holy Trinity Parish celebrated for the fourteenth time in running, the Feast of St. Nino De Cebu on Sunday, 15th January 2012  themed “The Light of Our Life”. The objective of this celebration is to honor the history of Christianity in the Philippines and to be part of the history. 


The Sto Nino de Cebu known as the Holy Child of Cebu is highly similar to the Infant Jesus of Prague, is a celebrated Catholic statue of the Child Jesus venerated by Filipino Catholics. It is believed to be the oldest religious image in the Philippines, made in Belgium and brought into the country in 1521.
The statue gained prominence when it miraculously survived a great parish fire in 1565. The statue is permanently housed under bulletproof glass at the Basilica Minore del Santo Nino in Cebu City.The feast is celebrated every third Sunday of January.


Having celebrated this event since 1998 here in Holy Trinity, the Fiesta of St. Nino De Cebu becomes one of the most meaningful celebrations for the Filipino Community. Some 700 Filipino faithful coming from across the four parishes, Sandakan, Telupid, Lahad Datu and the host parish of Tawau as well as representatives from the Philippine Embassy attended the Thanksgiving Mass, presided by Fr David Garaman con celebrated by Msgr Nicholas Ong.
In his homily, Fr David said that God is calling us in different and special ways. Jesus called us, just as he had called Samuel. Just like Samuel we failed many a time to recognize His call. It took Samuel sometime to discern on God's call and be ready to listen   to Him. We are reminded to reflect our encounter with Jesus, to remain in Him for the rest of our life. We are to live and to learn more about Jesus, to get closer and to share Jesus to others through His spirit in us so that we can be the light to others and lead them to find Jesus in their life.
Fr. David concluded his homily by saying in Visaya,  'pray to St. Nino for His protection from all calamities at present or in the future and may we be always protected by Him.'
After the Eucharistic celebration, the statue of St. Nino, dressed in the most expensive robes and a gold crown was carried in procession along the way from the front of the church to the Parish Hall accompanied with the Sinulog dance. Parishioners were served lunch and entertained to a host of presentations.
Msgr Nicholas Ong in his welcoming address
Mario Domingo, the PPC Chairman congratulating the Filipino Community
Alesa Bontilao, 2nd place in the singing competition
The choir members with 'Thank you, Lord'
 
Apart from performances of dances and songs, there were also presentations of gifts to senior citizen, the best student awards, the best dressed lady and gentleman for the day and lucky draws.
Alferedo Perez, the lucky winner of the lucky dip 
The celebration ended at 4.00 pm with closing prayer led by Fr. David.

Thursday, January 12, 2012

PESTA HARI NATAL PROGRAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK GEMBALA BAIK

Jellferlyne Joseph, 
Pusat Krisis Seri Murni
Pusat Kebajikan Good Shepherd
Sandakan : Para staff dari Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) yang diketuai oleh Sr. Maria Dipal RGS, bersama dengan Jellferlyne Joseph dan Stephanie Sabin serta pembimbing sukarela telah menganjurkan perayaan pesta Hari Natal Program Pembelajaran Kanak-kanak Gembala Baik di Gereja Katolik St. Mark Batu 12 pada Ahad, 18hb Disember 2011. Sambutan pesta Hari Natal tersebut telah dianjurkan khasnya untuk kanak-kanak dan para ibu bapa yang telah mengikuti program ini. Beberapa basis (KKD) dari Komuniti Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI) juga telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan pesta tersebut. Kelancaran dan kejayaan sambutan pesta Hari Natal ini adalah hasil bantuan dan kerjasama daripada pihak Kerasulan Wanita Gereja St. Mark serta komuniti KBKI - sikap dan keterbukaan mereka haruslah diberikan pujian.
Juruacara; Yakob Jhon (8 tahun), Elis Leyn (11 tahun), dan Jellferlyne Joseph

Para tetamu dan ibu bapa yang hadir
 Antara jemputan yang hadir pada hari tersebut ialah En. Francis Tan dan keluarga, serta En. Dimeh Kyopo dan ahli Komiti Pastoral Gereja St. Mark yang lain. Kehadiran mereka juga telah menambahkan lagi kemeriahan sambutan pesta Hari Natal itu terutama sekali apabila En. Dimeh memberikan ucapan di mana beliau juga berasa sangat gembira dan bersyukur kerana beliau dapat berkumpul bersama-sama dengan komuniti Indonesia di Gereja St. Mark. Menurut beliau “…walaupun kita berasal dari tempat yang berlainan tetapi kita tetap adalah satu keluarga Kristian dan kita berkumpul serta bersatu di dalam nama Yesus Kristus walau di mana pun kita berada .” Beliau juga memberikan galakan dan sokongan kepada mereka untuk meneruskan usaha mereka bagi mendekati dan terlibat di dalam aktiviti atau pelayanan gereja.

Makan Tengah Hari
Ucapan En. Dimeh Koyopo, Pengerusi Komiti Pastoral Gereja St. Mark
 
Sr. Maria memberikan ucapan dan doa penutup
       Selain En Dimeh, Sr. Maria juga mengkongsikan pengalaman beliau selama satu tahun berjalan bersama dengan komuniti KBKI ini. Menurutnya, beliau telah melihat bintang terang yang bersinar melalui
  1. Perkembangan anak-anak dari segi akademik dan kokurikulum. Kini mereka boleh membaca, mengira, dan menulis.
  2. Penglibatan ibu bapa dalam menjayakan program ini seperti membantu memasak dan mengajar
  3. Perkembangan KBKI dengan tertubuhnya beberapa Basis (KKD)
  4. Proses rekonsiliasi antara sesama ahli komuniti KBKI.
  5. Sokongan dan kerjasama dari pihak gereja menyediakan ruang untuk menjalankan program ini.
Beliau juga telah menyatakan harapan beliau terhadap komuniti KBKI untuk tahun 2012 dan antaranya ialah
  1. Penglibatan komuniti KBKI di dalam membangun gereja setempat
  2. Meneguhkan iman dan membangun hidup berkomuniti

Lakonan oleh kanak-kanak Program Pembelajaran Kanak-kanak Gembala Baik
Tajuk: “Malam Natal Yang Penuh Makna”

            Dengan tema “Gloria In-excelsis Deo” pesta Hari Natal ini diadakan bukan sahaja untuk memberikan kesempatan dan masa bagi mengumpulkan seisi keluarga komuniti Indonesia tetapi juga untuk meneguhkan lagi pengertian tentang erti sebenar Hari Natal. Seperti yang telah dilakonkan oleh beberapa kanak-kanak dari program ini dengan tajuk “Malam Natal yang penuh makna” di mana mesej yang disampaikan cukup jelas bahawa Hari Natal disambut setiap tahun adalah untuk senantiasa memperingati kita bahawa kelahiran Yesus Kristus ke dunia merupakan hadiah yang paling bermakna dan berharga yang telah dihadiahkan oleh Allah Bapa atas cinta kasih-Nya yang sangat besar untuk manusia. Oleh itu, sebagai umat Kristian kita haruslah menghargai dan merayakan Hari Natal dengan penuh riang gembira dan rasa syukur serta cinta kasih pada setiap tahun  kerana Allah Bapa syurgawi telah memberikan kita Putera-Nya yang tunggal iaitu Yesus Kristus pada Hari Natal.
Kanak-kanak dari KKD / Basis Bt. 16
Belia dari KKD / Basis Bt. 8
Koir oleh Ibu-ibu dari pengurusan dapur
            Selain itu, pelbagai persembahan dan permainan telah diadakan bagi memeriahkan suasana dan seterusnya mewujudkan atau membina dan memperkukuhkan hubungan persaudaraan yang merupakan salah satu panggilan untuk kita sebagai keluarga Kristian. Antaranya ialah persembahan tarian dari kanak-kanak program ini, Basis Bt. 8 dan Basis Bt. 16, serta persembahan nyanyian dari ibu-ibu Gereja Basel dan St. Mark.
            Sr. Maria Dipal RGS juga telah mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk menyampaikan penghargaan dan tanda terima kasih beliau serta ahli PKGS yang lain kepada para ibu bapa yang telah menyumbangkan tenaga, masa, dan usaha secara sukarela untuk menjalankan Program Pembelajaran Kanak-kanak ini.
            Akhir sekali, seperti kata Sr. Maria di dalam ucapan beliau”…bintang terang itu sebenarnya ada di dalam diri kita masing-masing dan ia hadir melalui pengalaman-pengalaman pahit dan manis, suka dan duka yang telah ditempuhi sepanjang tahun kerana pengalaman-pengalaman inilah yang membantu kita untuk terus berkembang dan membangun di dalam komuniti dan gereja”.

Aktiviti tarian Limbo rock


Balloon Fight
Nyanyian lagu ‘Kesukaan Pada Dunia’, ‘Anak Yesus Dilahirkan’ dan‘Merry Christmas’
Sekian, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Selamat menyambut Hari Natal dan Tahun Baru 2012!

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent