Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Monday, July 25, 2011

Thursday, July 21, 2011

LARIAN JOGATHON UNTUK MEMBANTU PEMBANGUNAN PUSAT DIOSIS

SANDAKAN. 09. 07. 2011.  Kadazan Coordinating Committee (KCC) dan Bahasa Malaysia Pastoral Committee (BMPC) Katedral St. Mary Sandakan telah berjaya menganjurkan jogathon tahun 2011. Aktiviti itu bertujuan mengumpulkan dana untuk membantu pembinaan bangunan Diocesan Pastoral Cum Worship Centre yang bernilai RM3.5 juta. Bangunan ini terletak di Jalan Puncak Bukit Maria menempatkan pejabat Bapa Uskup, Komisi - Komisi, Pusat Sumber, Pastoral , Kewangan dan sebuah auditorium serta Bilik Mesyuarat. 

Majlis ini disempurnakan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil selaku rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan. Dalam ucapannya,  beliau merasa gembira dengan komitmen para umat setempat yang telah berjaya mengumpul RM40 ribu.
"Bangunan ini dijangka siap pada penghujung bulan Oktober tahun ini.  Adalah menjadi  tanggungjawab umat  bersama untuk membiayai  projek ini sehingga siap." Katanya.
Majlis ini bermula seawal jam 6.30 pagi dengan pendaftaran peserta.  Ucapan ringkas oleh pengerusi penganjur dan doa pembukaan oleh Fr. Thomas Makajil, seterusnya melepaskan larian mengikut kategori:
  1. Lelaki terbuka (23-44 tahun)
  2. Wanita terbuka (13-39 tahun)
  3. Lelaki veteran (45 tahun ke atas)
  4. Wanita veteran (40 tahun ke atas) dan 
  5. kanak-kanak terbuka (12 tahun ke bawah).












Sr. Veronica Kandaung  FSIC menerima  hadiah sagu hati
Acara ini  sangat meriah dan menggembirakan kerana kesemua peserta telah berjaya sampai ke garisan penamat tanpa sebarang insiden yang tidak di ingini.
Gerai  makanan dan minuman
Kesemua peserta juga merupakan pemenang kerana kesemuanya mendapat Hadiah Misteri dan Sijil Penyertaan dari pihak penganjur termasuklah pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga yang mendapat piala, sementara tempat keempat hingga kesepuluh telah mendapat saguhati berupa wang tunai bagi setiap kategori. 
PEMENANG KATEGORI WANITA TERBUKA
1.  ROSIEVIRNA ANTIS
2.  MOHINI ILUN
3. ROSMAWATI JUSPAK
PEMENANG KATEGORI KANAK-KANAK TERBUKA 
1. OWEN CHUA LINGGAM
2. JOVIAN JACOB
3. RAYNEL FRANKIE
PEMENANG KATEGORI LELAKI TERBUKA (23-44 THN)
1. NICK OLIVER
2. ALEXANDER LEE
3. JUNIOR SINTAR
PEMENANG KATEGORI WANITA VETERAN
1. KOILAN BTE AH SAI CUNERA
2. MADELINE JOACHIM
3. SYRA GEORGE MOKUNJIL
PEMENANG KATEGORI LELAKI VETERAN 
1. MATHEUS SODOMON
2. ARBAH LOUBAU
3. DOMINIC JUNTAR LAUS
Album kenangan Fr. Thomas Makajil dan pengerusi KCC En. Pilis Malim dengan para pemenang Jogathon.
Paderi, AJK Penganjur KCC dan BMCC
Majlis ini berakhir pada jam 10.00 pagi dengan doa penutup oleh Fr. Thomas Makajil. Seluruh peserta dan umat yang hadir merasa gembira kerana kerjasama yang diberikan.


Franco Amigo
Gambar : Timmy Gorohom
SOCCOM Katedral St. Mary Sandakan

Saturday, July 16, 2011

斗湖圣三堂




《斗湖讯》斗湖圣三堂三种语言的祈祷会在3/6/11-5/6/11 成功举办圣神研习会。大约35 位华文教友参与这次其中于中文主讲的研习会.演讲人是来自亚庇圣神同祷会的John Wong以及Jason Soon弟兄。研习会的讲题包括耶稣是主,主的爱,救赎,心灵医治,领受天主圣神的恩宠及更新与成长。

天主吹了一口气使我们获得生命,把爱赐给了我们。我们人往往会被罪恶,撒旦的诱惑及世俗物质的东西所引诱,使我们跌入深谷里,无法自拔,享受物质的需求。所以,我们需要主的力量。靠着主,我们要建立对主的信赖,完全向往他,建造一条桥通往父的家乡。我们因该思想天上的事而不是地上的产业。

耶稣重新来到这世界,以他的生命救赎了我们,并赐给我们真理之神-圣神。藉着圣神,使我们获得新生命。已旧的我经已成为过去,让圣神在我们生活当中操作我们,引领我们,无时无刻领受天主的恩惠。让我们去宣扬主的福音,成为一把利剑做主有用的工具。
在这短短的3天里面,参与者也分享他们所学到的及领受圣神特别的恩赐。再一次回到生活当中,不断的读经,祈祷及感恩

KEHADIRAN SALIB DAN IKON BUNDA MARIA MEMPERBAHARUI DUNIA BELIA LAHAD DATU

Salib Belia tiba di Chapel Felda
LAHAD DATU: Sepanjang lima minggu Salib Belia dan Ikon Bunda Maria berada di Paroki St. Dominic Lahad Datu dan outstasi telah memperbaharui iman dan kerohanian ramai umat Katolik terutamanya belia melalui renungan semula tentang 'Rencana Penyelamatan Allah terhadap manusia' melalui katekisis.
2000 tahun dahulu sebuah peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan iaitu penyaliban Yesus Kristus semasa pemerintahan Pontius Pilatus sebagai Gabenor Romawi di Pelastina disaksikan oleh ribuan rakyat. Namun yang paling penting sekali ialah tersirat misteri-misteri penyaliban yang ada hubung kait dengan Rencana Penyelamatan Allah yang membebaskan manusia dari 'dosa asal' dan 'kejahatan manusia' serta menyegarkan semula hak manusia yang dibentuk serupa gambar Allah.  Kitab Kejadian. 1:26 - 27 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi." Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. 
Manusia Adam dan Hawa telah jatuh ke dalam dosa. Allah menjanjikan penyelamatan. Beberapa Perjanjian antara Allah dan manusia adalah merupakan ajakan Tuhan terhadap manusia kembali kepada Allah.
Akhir sekali Tuhan Yesus Kristus memperbaharui 'Perjanjian Damai' di antara Allah dan manusia (imej Allah) melalui 'Perjamuan Tuhan'. Perjanjian Baru ini dimeterai oleh Darah Anak Domba Allah iaitu Yesus Kristus sendiri di kayu salib.
Melalui katekisis manusia sekali lagi disedarkan oleh tanggungjawab awal manusia iaitu menjaga Taman Allah  iaitu udara, laut dan darat, beranak cucu dan memenuhi bumi ini serta menjelajah hingga ke hujung dunia.
Namun tidak dapat dinafikan kerosakan sistem budaya murni (rohani, budaya, sosial dan ekonomi) kerana akibat dosa dan kejahatan manusia sedangkan misi dan visi Allah belum sempurna. Maka Salib Belia sekali lagi beredar berseru mencabar belia Katolik untuk pembaharuan komitmen.
Manusia yang percaya dengan recycle kehidupan ini melalui Yesus Kristus dan ingin memulakan proses kehidupan baru hendaklah melalui penerimaan Sakramen (yang terbahagi kepada tujuh iaitu: Pembaptisan, Penguatan, Penyambutan, Imamat, Perkahwinan, Pengakuan dan pengurapan sakit). Upacara ini hanya dilakukan melalui imam Gereja Katolik bagi pihak Kristus secara konkrit.
Sebab itu Salib Belia sangat bermakna dan amat berkesan kepada belia yang bermasalah untuk memulakan hidup baru.
Salib Belia berada di Gereja St Peter, Kunak
Pelbagai program telah disediakan oleh para belia dari outstasi ini, antaranya adalah saat teduh, doa rosari, penghormatan salib dan sebagainya. Kerasulan Belia Paroki beserta para belia telah bersama-sama menghantar Salib Belia tersebut untuk dikongsikan bersama dengan umat di outstasi. 
Salib Belia di Chapel Our Lady of Pilar, Silam
Di antara outstasi yang dilawati ialah:
  • Felda (19 Jun 2011), 
  • Tungku (22 Jun 2011), 
  • Kunak (26 Jun 2011), 
  • Madai (29 Jun 2011), 
  • Silam/Tampinau (2 Jul 2011), 
  • Pontian Fico(9 Jul 2011) dan 
  • Jeroco (10 Jul 2011).
Salib Belia di Stasi Pontian Fico
Kehadiran Salib Belia dan Ikon Bunda Maria ini di semua outstasi membuatkan ramai umat bebagai usia merasa tersentuh. Mesej yang dibawa oleh Salib ini sangat laur biasa. Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih diterima oleh KBP Lahad Datu kerana sanggup berjalan jauh untuk menghantar Salib Belia ini ke tempat mereka.
Salib Belia berada di Chapel St John Jeroco
Salib Belia dan ikon Bonda Maria ini telah dikongsikan kepada semua umat di Paroki Lahad Datu dan outstasi. Sepanjang Salib berada di Lahad Datu, kehadiran Yesus Kristus benar-benar terasa. Diharap kita sebagai umatnya dapat berakar dan dibangun dalam DIA, teguh dalam iman. Amin.

Soccom St Dominic L Datu

Thursday, July 14, 2011

Promosi Sabah Youth Day - 3 di Paitan


Promosi SABAH YOUTH DAY (SYD) – 3 telah dijalankan di St Francis dari Asisi, Sukang dan St Clare, Dalamas pada 4 sehingga 7 Julai 2011 yang lalu. Kedua – dua tempat ini terletak di Paitan sejauh 191km dari Sandakan.

Local Organizing Team (LOT) SYD 3 St Mary, Sandakan merasakan sudah tiba masanya perayaan SYD-3 ini dirayakan bersama belia-belia serta umat di Paitan.


Promosi SYD -3 dimulakan di St Francis dari Asisi, Sukang selama dua hari iaitu 4 dan 5 Julai 2011. Pada hari pertama promosi dimulakan dengan Pengenalan kepada SYD dan konsep SYD. Pada hari kedua, belia-belia yang hadir dijemput untuk menyuarakan harapan yang mereka ingin lihat semasa dan selepas penyambutan salib belia dan ikon Bonda Maria. Kebanyakan belia menyatakan bahawa mereka ingin menjadi belia yang berani dengan iman yang kukuh. Saudara Peter Saimin, Katekis di Paitan juga menyuarakan harapan beliau agar imannya diperbaharui. Sejurus selepas itu tim pelaksana SYD – 3 Kapel St Francis dari Asisi, Sukang ditubuhkan.



Promosi diteruskan di Kapel St Clare, Dalamas pada 6 Julai 2011. Aktiviti serupa dijalankan ditempat itu kecuali penubuhan tim pelaksana. Ini adalah kerana penyambutan salib akan diadakan di Kapel St Francis dari Asisi, Sukang.


Perjalanan ini amat mencabar sekali buat tim LOT SYD-3 namun hati untuk mengongsikan ‘keajaiban’ dan keagungan Salib Belia serta Ikon Bonda Maria bersama dengan mereka menjadi motivasi untuk meneruskan misi ini.


Berkebun merupakan aktiviti sampingan bersama belia-belia St Francis dari Asisi, Sukang Paitan
 Salib merupakan tanda penyelamatan kerana “begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal” Yohanes 3:16.

Harapan - harapan belia-belia St Francis dari Asisi, Sukang Paitan

Tim LOT SYD-3 akan bersama-sama dengan belia-belia dari Kapel St Francis dari Asisi, Sukang pada 18 sehingga 21 Julai 2011 dalam persiapan rohani dan persediaan untuk menyambut salib belia dan ikon Bonda Maria pada * 5 Ogos 2011 nanti.

* Pembetulan 5 Julai 2011 (sebelum)

Belia-belia bergambar selepas aktiviti permainan 'DIE'
 ds/aa

Saturday, July 9, 2011

I HAVE A DREAM....

TELUPID - "I have a dream" merupakan tema lawatan persahabatan kali ini oleh Tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan pada 2 Julai 2011 yang lalu.
Pertemuan kali ini merupakan kesinambungan dari lawatan yang lalu 'Let's Hang Out'. Objektifnya tetap menjurus kearah membina dan menjalin persahabatan sesama serta memberikan peluang kepada setiap rakan-rakan belia yang hadir mengalami dan menghargai cinta kasih Tuhan dalam pertemuan yang santai dan menghiburkan.

Aktiviti dimulakan dengan pembacaan firman yang dipetik dari Lukas 2:41-51 dan diikuti dengan doa dan seterusnya menyanyi 'Action Song' yang dipimpin oleh Hildy Albert tim KBK yang merupakan salah satu pemusik masa itu.

Seperti biasa 'Fun Part' diadakan untuk menghidupkan suasana. Antara 'Fun Part' atau 'games' yang diadakan adalah "Jangan Jatuh", "Lagi banyak, Lagi bagus", "Keretapi belon" dan "King-King what do you want?". Aktiviti seumpama ini mengajar peribadi belia bagaimana unutk bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik antara sesama.

Sepanjang aktiviti berjalan, memang tidak kering gusi nampaknya rakan-rakan belia. Ada sahaja celoteh yang mencetuskan hilai tawa yang menambahkan seri suasana.

Namun keadaan menjadi hening semasa Anna memberikan perkongsian tentang impian. Anna mengongsikan bahawa setiap belia mempunyai impian/cita-cita dan harapan. Sejurus selepas itu belia diajak unutk melukis gambaran mengenai impian mereka masing- masing.

"Dream...and as you dream remember that only you can make your dream come true" Renee Duvall

Selepas itu semua belia berkumpul dihadapan Salib yang dikelilingi dengan lilin. Mereka diberi peluang untuk mengongsikan impian mereka untuk diri mereka, keluarga, belia dan gereja.

Acara kemuncak malam itu adalah meraikan setiap impian rakan-rakan belia yang hadir dengan meletakkan lukisan mereka dihadapan salib sebagai satu penyerahan dan kepercayaan bahwasanya tiada yang mustahil bagi setiap orang untuk mencapai impian mereka kerana impian itu adalah satu pemberian dari Tuhan dan bagi DIA semuanya mustahil.

Hakikatnya, aktiviti seumpama ini sangat memberi kesan yang positif kepada para belia. Walaupun secara santai dan bersahaja sebenarnya inilah juga kesempatan serta peluang bagaimana untuk rakan-rakan belia membuat penilaian yang mudah dan berani menyuarakan impian mereka.

Aktiviti diakhiri dengan doa dan lagu. Pastinya pertemuan akan datang "I Am Special" akan dinantikan...!!!

Sayonara dari belia - belia St Martin, Telupid.

Disediakan oleh:
Angeline Said - KBP St Martin Telupid

PESAN HARI MINGGU ALKITAB 2011


Muka surat 1


Muka surat 2

Muka surat 3

MCCBCHST CALLS UPON ALL MALAYSIANS TO PRAY FOR PEACE, UNITY AND HARMONY.


Please click image to enlarge.

Thursday, July 7, 2011

Keeping Me Safe (KMS) Program


Participants with Sr Jossie RGS, standing 5th right

SANDAKAN:  24 young participants attended the two-day Keeping Me Safe (KMS) Program on 1st and 2nd July at St. Mark’s Catholic Church, some 20 km from town. The program was facilitated by Sr. Jossie Sili (RGS), Mary Anne Baltazar, and Evelyn Doikin  of Alamesra Youth-Prep Centre (YPC) Kota Kinabalu which is a youth drop-in centre, providing a safe place for youths seeking  professional assistance and support.
(Top:  Sr Jossie RGS  Below: Mary Anne)
Basically, The Keeping Me Safe is a personal safety program. It empowers teenagers to take part in their own protection by enhancing their protective behaviors through information, skills, and self esteem within their own culture and belief. Personal Safety is built on the Core Life Skills of decision making, problem solving, creative thinking, critical thinking, effective communication, interpersonal relationship skills, self- awareness, empathy building, coping with emotions and coping with stress within the direct context of safety from physical, emotional, and sexual harm. Personal safety also equips teenagers with knowledge, for example, rights, as well as knowing how to assess risky situations that are dangerous to them. This will help them to recognize potentially abusive situations, and also to report abuse to caring adults.

Getting the youth into action 
At the end of the program they were:
  • Aware of their rights and responsibilities
  • Able to understand on how to manage and handle their emotions in  positive ways to help them keep safe
  • Equipped with a strategy to handle potentially risky situations
  • Able to identify their own support system  (family, church, school, community, friends)
  • More aware about themselves
  • Motivated to build self-esteem and assertiveness skills
  • Able to understand the elements of  healthy relationships and the importance of effective communication
  • Enhanced in problem-solving and decision-making skills
Jellferlyne Joseph, Program Officer SMCC Sandakan
Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS)

Saturday, July 2, 2011

Bersuka ria sambil mempromosikan SYD-3


St Paul, Ulu Dusun riuh dengan tawa girang belia-belia yang terhibur dengan permainan yang disediakan oleh pihak Local Organizing Team (LOT) SYD-3 peringkat Paroki St Mary, Sandakan pada 26 Jun 2011 yang lalu. 


Promosi SYD-3 ini bukan sahaja dihadiri oleh belia-belia St Paul, Ulu Dusun malah dihadiri juga oleh wakil belia dari St Mark/Peter, Our Lady of Fatima, Beluran serta St Mary Katedral, Sandakan.
Acara dimulakan dengan Doa Pembukaan, Welcoming song/Action Song dan acara bersuai-kenal antara sesama dengan lagu "Dancing Blue Bird".
 

Sebelum memberi input mengenai SYD-3, acara 'ICE BREAKING' melalui permainan 'DIE' dan PENGUIN' diadakan. Permainan ini menarik hati belia yang mengambil bahagian ketika itu dan menyebabkan belia tidak kering gusi sewaktu aktiviti permainan dijalankan. Permainan ini bukan sekadar untuk bermain tetapi juga bertujuan unutk meningkatkan daya keyakinan diri, peka kepada persekitaran, mengatur langkah membuat strategi dengan berkesan dan sekaligus meningkatkan tahap kualiti kepimpinan sebagai seorang belia kerana inilah beberapa ciri yang perlu ada dan diterapkan kepada belia bagi melahirkan pemimpin pelapis gereja pada masa kini dan masa hadapan. 


 LOT SYD-3 menerangkan konsep SYD-3, objektif, program dan jadual perjalanan Salib Belia di Paroki St Mary, Sandakan. Selain itu pihak LOT juga mengajak belia-belia yang hadir untuk sama-sama belajar dan menyanyi lagu tema SYD-3 yang bertajuk "BERAKAR DAN DIBANGUN DALAM KRISTUS". Informasi SYD-3, Tambunan 2012 boleh di dapati dalam laman web rasmi SYD-3 http://syd3.blogspot.com.

 Program Sabah Youth Day -3 Peringakat Paroki St Mary, Sandakan


Promosi ke - 2 besar-besaran akan diadakan pada 3 Julai 2011 secara serentak di keempat-empat gereja (St Mary, Sandakan, St Mark, St Paul, Ulu Dusun dan Our Lady of Fatima, Beluran). Maklumat SYD-3 disalurkan terlebih dahulu kepada wakil-wakil belia yang hadir supaya mereka boleh membuat persiapan lebih awal dengan membawa belia-belia ditempat masing-masing untuk turut serta dalam promosi SYD-3 pada 3 Julai 2011 nanti.


Promosi diakhiri dengan Doa Diosis Belia Sandakan dan 'group photo'.

Kepada semua belia dan umat Paroki St Mary, Sandakan walau dimana pun kamu berada, ayuh kita sama - sama merayakan Sabah Youth Day -3 di paroki kita dan menyambut 'The Glorious Youth Cross' dengan penuh keimanan dan kegembiraan!




RH/Aa


Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent