Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 6, 2016

Kayuhan Amal Menjana Dana Untuk Dewan Ibadat St.Dominic Lahad Datu

Artikel dan gambar oleh Farnandes
SOCCOM Lahad Datu
Lahad Datu : Seramai 67 peserta dari semua peringkat umur terdiri dari 6 wanita dan 61 lelaki termasuk Rev Fr Simon Kontou, rektor Paroki St Dominic telah menyertai kayuhan amal peringkat paroki yang dianjurkan oleh Kelab Berbasikal St. Dominic pada  Isnin, 2hb Mei 2016.
Seawal 7.00 pagi semua peserta memulakan aktiviti dengan senaman ringkas (warming up) di dataran terbuka gereja. Selesai sahaja senaman pagi, kumpulan pertama iaitu para wanita dilepaskan pada kira-kira  7.30 pagi dan diikuti para peserta lelaki oleh Fr. Marcelinus Pongking, pembantu rektor.  
Kayuhan kali ini telah melalui lebih kurang 30 km, bermula dari dataran terbuka St.Dominic menuju Jalan Segama,  POIC, melalui kawasan Bandar Lahad Datu dan berakhir di dataran terbuka gereja.
Dalam kayuhan ini juga seramai 10 peserta lelaki telah memenangi pingat emas untuk ketegori “Pecut Menaiki Bukit” yang mengambil jarak lebih kurang 5 km. Seterusnya kesemua peserta tiba di garisan penamat kira-kira jam 10.30 pagi.
Di penghujung program, penyampaian pingat cenderahati serta cabutan bertuah telah disampaikan kepada para peserta. Semua hasil pungutan juga telah diserahkan untuk dana pembangunan Dewan Ibadat St. Dominic. Acara berakhir lebih kurang 11.00 pagi.

'Memberi dengan sukacita membawa berkat.' 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent