Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 13, 2015

PERKONGSIAN DARIPADA SDRI LEAHLYN F. ROBLES (IKD KATEDRAL ST MARY SANDAKAN)


Nama saya Leahlyn F. Robles berasal dari Keningau dan berusia 18 tahun. 


Sebelum mengikuti IKD, saya adalah seorang yang tidak tahu bagaimana untuk berdoa walaupun ibu saya adalah seorang Katolik. Selepas diperkenalkan kepada IKD oleh abang dan kawan saya, hati saya mula terbuka untuk mengenali lebih lagi tentang iman Katolik dan Tuhan Yesus. 

Saya juga mula jatuh cinta dengan Doa Rosari. Doa Rosari membawa ketenangan dan kedamaian bagi saya. Saya akan turut serta dalam Doa Rosari bila mana berpeluang.


Bagi saya, Yesus adalah Pelindung dan juga seperti seorang Ayah kepada saya. Selepas setahun mengikuti IKD, saya sudah dapat mengubah sifat yang buruk menjadi lebih baik. Saya juga berharap pada masa akan datang, saya dapat pergi ke gereja setiap minggu dan bersembahyang bersama ahli keluarga.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent