Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 11, 2015

PERKONGSIAN DARIPADA SDRA JANARIUS (IKD KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN, SABAH)

(Sdra Januarius, berbangsa Timur berusia 19 tahun masih bujang. Dia berasal dari Indonesia dan sudah menetap di Sandakan sejak tahun 1996. Kini dia bekerja sebagai seorang juruteknik air-con)

Saya berasal dari keluarga Katolik namun belum dibaptis. Ibu bapa saya memberi sokongan dan dorongan agar saya didaftarkan di kelas IKD. Rakan-rakan saya yang pernah mengikuti IKD terlebih dahulu daripada saya juga membuat saya mahu menyertai kelas tersebut.

Hidup sebelum mengenali Yesus melihat saya sebagai seorang pemuda yang tidak mengamalkan hidup seimbang. Saya hanya jaga kepentingan diri saya sendiri. Hal-hal tentang orang lain tidak sama sekali saya ambil peduli.

Dalam perjalanan saya dalam IKD, saya terbuka belajar dan menerima cara hidup Yesus. Segala yang disampaikan oleh pembimbing adalah amat bermakna bagi saya. Saya paling suka sesi-sesi perkongsian bersama kawan-kawan IKD tentang Yesus. 

Petikan yang paling saya suka adalah dari Matius 5 : 16, 'Demikianlah hendaknya terang-mu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatan-mu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di syurga.'

Kini saya mempunyai iman dalam mempercayai Yesus. Sejak mengikuti IKD saya melihat diri saya ini mula menghidupi ajaran mengasihi sesama manusia. Saya ingin sekali melayani dalam pelayanan liturgi seperti membawa persembahan dan bahagian warden agar saya dapat membantu gereja. Saya sungguh sungguh mahu terus mendengar Sabda Tuhan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent