Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 10, 2015

KEMPEN PRAPASKA KEUSKUPAN SANDAKAN 2015

Oleh DS / sj
Musim Prapaska adalah masa yang dikhaskan untuk berdoa, pertobatan, pengorbanan dan kerja-kerja amal kasih dalam persediaan untuk menyambut perayaan Paskah iaitu Pesta Kebangkitan Tuhan Yesus Kristus. 
Salah satu fungsi Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan adalah untuk mempromosikan Kempen Prapaska di mana komisi ini menggalakkan derma dengan murah hati waktu musim ini sambil memberi katekesis mengenai ajaran sosial gereja Katolik.
Dalam bulan Februari dan Mac, Sr Maria Dipal RGS, Pengerusi KPIK dan Sdri. Shirley Joseph Setiausaha KPIK, berkerjasama dengan empat buah Komiti Pembangunan Insan Paroki Katedral St. Mary, Sandakan, Holy Trinity, Tawau, St. Dominic, Lahad Datu dan St. Martin, Telupid telah menjalankan sesi Kempen Prapaska 2015.   Setiap paroki telah memilih tiga buah Komuniti Kristian Dasar (KKD) untuk dilawati oleh KPIK dan KPIP tersebut.
Antara pengisian sesi tersebut:-
1. Sesi Pengenalan kepada Kongregasi Religius Sister-sister Gembala Baik (RGS)
2. Sesi Pengenalan kepada Kongregasi Religius Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) dan Kongregasi Religius Brothers of St. Gabriel (SG)/Monfort Brothers/Gabrielites
(Sesi dijalankan pada 20hb dan 21hb Mac 2015 di Paroki Lahad Datu sempena Hari Hidup Bakti Sedunia Year of Consecrated Life 30 NOVEMBER 2014 — 2 FEBRUARI 2016)
3. Pengenalan kepada KPIK dan KPIP (mengikut paroki)
4. Perutusan Bapa Suci Fransiskus sempena Musim Prapaska 2015
5. Perbincangan kumpulan
(Soalan perbincangan: 1-Apakah pesanan yang menyentuh hati anda? dan 2-Apakah satu perkara yang sudah atau akan anda lakukan pada musim Prapaska ini?)
6. Pembentangan hasil perbincangan kumpulan


Salah satu cabaran/ tantangan yang paling mendesak yang ingin saya sampaikan dalam perutusan ini adalah globalisasi ketidakpedulian.
Untuk lebih pembaharuan ini, diusulkan tiga teks Alkitab untuk renungan kita bersama.
1. "Jika satu anggota menderita, semua menderita bersama-sama" (1 Kor 12:26) - Gereja
2. "Di mana adikmu?" (Kej 4: 9)  - Paroki dan Komuniti dan
3. “Teguhkanlah Hatimu! "(Yak 5:8) - Untuk setiap orang Kristian.
Berikut merupakan gambar-gambar serta hasil perkongsian dan perbincangan kumpulan yang telah dijalankan:-
PAROKI HOLY TRINITY, TAWAU

TARIKH: KHAMIS, 26HB FEBRUARI 2015

TEMPAT: KKD TAMAN MEGAH JAYA DAN BERJAYA, TAWAU

Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 15 umat Katolik


  


TARIKH: JUMAAT, 27HB FEBRUARI 2015

TEMPAT: KKD ST. THOMAS, BOMBALAI, TAWAU
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 40 umat Katolik
Penyampaian Perutusan Bapa Suci
Perbincangan Kumpulan
Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan
TARIKH: SABTU, 28HB FEBRUARI 2015
TEMPAT: KAPELA ST. FRANCIS, BATU 8, TAWAU 
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 60 umat Katolik

PAROKI KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN
TARIKH: RABU, 4HB MAC 2015
TEMPAT: KKD MERAK, BATU 7, SANDAKAN
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 20 umat Katolik
 Penyampaian Perutusan Bapa Suci
Perbincangan Kumpulan
Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan
TARIKH: KHAMIS, 5HB MAC 2015
TEMPAT: KKD SUNNY ESTATE, BATU 1 1/2, SANDAKAN
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 30 umat Katolik
Sesi sedang berjalan
Perbincangan Kumpulan
TARIKH: ISNIN, 9HB MAC 2015
TEMPAT: KKD KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 25 umat Katolik
 Penyampaian Perutusan Bapa Suci
Sesi sedang berjalan
 Perbincangan Kumpulan
PAROKI ST. MARTIN, TELUPID
TARIKH: RABU, 11HB MAC 2015
TEMPAT: GEREJA ST. PETER, KG. TOLUNGAN, PAMOL
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 150 umat Katolik
 Lagu dan Doa Pembukaan
Sesi sedang berjalan
  Penyampaian Perutusan Bapa Suci
Perbincangan Kumpulan
 Sesi Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan
TARIKH: KHAMIS, 12HB MAC 2015
TEMPAT: KAPELA ST. JOHN FISHER, KG. MANGKADAIT, TELUPID
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 60 umat Katolik
 Penyampaian Perutusan Bapa Suci
Perbincangan Kumpulan
 Sesi Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan
TARIKH: JUMAAT, 13HB MAC 2015
TEMPAT: KG. GAMBARON 2, TELUPID
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 60 umat Katolik 
(KKD ST. ANNA DAN KKD RATU DAMAI)
 Doa Pembukaan
  Sesi sedang berjalan 
Perbincangan Kumpulan
  Sesi Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan 
 Sesi Doa Bersama-24 Jam (Penutupan)
Sesi berdoa bersama ini adalah demi menyahut kepada seruan Bapa Suci Fransiskus untuk berdoa selama 24 Jam pada 13hb - 14hb Mac 2015 di seluruh dunia.
Petikan dari Perutusan Bapa Suci Fransiskus:
Janganlah kita meremehkan kekuatan begitu banyak suara bersatu dalam doa! '24 Jam untuk inisiatif  Tuhan ', yang saya harap ia akan diamati pada 13hb -14hb  Mac  2015 di seluruh Gereja, juga di peringkat keuskupan, dimaksudkan untuk menjadi tanda keperluan  untuk berdoa. 
PAROKI ST. DOMINIC, LAHAD DATU
TARIKH: KHAMIS, 19HB MAC 2015
TEMPAT: KG. JAWA 1, LAHAD DATU
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 40 umat Katolik 
(KKD ST. FRANCES)
Sesi sedang berjalan
Penyampaian Perutusan Bapa Suci
Perbincangan Kumpulan
 Sesi Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan
TARIKH: JUMAAT, 20HB MAC 2015
TEMPAT: ST. STEFANUS, AIR PASANG, LAHAD DATU
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 70 umat Katolik 
 Pengenalan kepada Kongregasi Religius RGS, FSIC dan BSG.
 Sesi sedang berjalan
 Perbincangan Kumpulan
  Sesi Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan
TARIKH: SABTU, 21HB MAC 2015
TEMPAT: KG. PUTATAN BARU, LAHAD DATU
Kehadiran (Peserta): Lebih kurang 80 umat Katolik
(KKD ST. MARTINA)
 Lagu Pembukaan
 Pengenalan kepada Kongregasi Religius RGS, FSIC dan BSG.
Sesi sedang berjalan
Semua hasil perbincangan kumpulan dapat dirumuskan seturut dengan Tujuh Tema Ajaran Sosial Gereja seperti berikut:

1. Umat dari peringkat umur yang muda dididik untuk menabung semasa Musim Prapaska untuk didermakan kepada yang miskin dan amat memerlukan. (Mengisi sampul Derma Musim Prapaska)
2. Merenung dan memahami betapa sukarnya mereka yang amat miskin dan tidak mampu untuk mendapat makanan apabila berpuasa dan berpantang di Musim Prapaska.
3. Menyedari bahawa terdapat perbuatan yang menjadi kebiasaan setiap hari adalah aktiviti yang kurang berfaedah dan membuang masa seperti terlalu lama menonton televisyen dan aktiviti hiburan yang lain. Mengubah juga tabiat buruk seperti mengumpat. Lebih baik berdoa, melawat orang sakit dan saling bermaafan.
4. Seharusnya kita terlibat dengan badan kebajikan, persatuan atau organisasi yang membantu golongan miskin, lemah dan terpinggir. Salah satu mereka ialah mengumpul bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula. Wang yang dikumpul kemudiannya dapat disalurkan kepada golongan memerlukan.
5. Menyedari bahawa ada orang yang lebih susah dari sendiri. Maka, hati lebih tergerak untuk menderma terutamanya pada Musim Prapaskah.
6. Membantu mereka yang susah atau golongan kurang upaya tanpa mengira agama.
7. Melayani sesama dengan kasih Kristus. Semangat kekeluargaan harus diamalkan dalam masyarakat pelbagai bangsa dan keturunan. Mengenali Kristus di dalam komuniti. 
8. Menghormati sesama seturut martabat dan maruah manusia. Orang yang miskin dan susah tidak seharusnya dipandang hina tetapi perlu dibantu.
9. Banyak ketidakadilan yang terjadi di sekitar kita yang membuat kita rasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap pihak-pihak tertentu yang menindas, mengambil kesempatan dan mempergunakan orang yang miskin dan lemah.
10. Merenungkan kesengsaraan Yesus Kristus melalui Jalan Salib dan dapat melihat kesinambungannya dalam kehidupan manusia. 
11. Mempunyai kekuatan hati untuk berani bersuara demi menentang ketidakadilan.
12. Mempersatukan doa bersama Bapa Suci Fransiskus pada 13-14 Mac 2015.
13. Memperbaiki hubungan kekeluargaan yang berpecah belah, bermasalah, dingin dan rengang. Jangan membiarkan alat komunikasi moden atau media sosial (telefon bimbit, televisyen, facebook dan lain-lain) mengambil alih cara kita berhubung dengan sesama terutamanya dalam perhubungan keluarga.(Ketidakpedulian) Teruskan amalan makan bersama, doa bersama dan bercerita secara langsung. 
14. Berusaha untuk mendekati orang yang menjauhkan atau meminggirkan diri dari komuniti.
15. Kita harus bijaksana dalam mengenalpasti ketepatan atau kesahihan maklumat yang disebarkan melalui media sosial dan alat komunikasi pada zaman serba canggih lain. Kita juga harus mengawal perasaan kecewa, sedih dan marah agar tidak memburukkan keadaan dengan memberi komen-komen yang tidak membina, menjatuhkan dan menyakitkan di media sosial terhadap isu-isu yang sensitif.
16. Kita juga harus bijaksana dalam mempertahankan iman kita, jangan sehingga kita ditipu dan ditindas untuk meninggalkan agama kita. Kita harus tahu hak-hak dan tanggungjawab kita. 
17. Kita harus saling ambil peduli terhadap orang lain. Melawat orang yang sakit; tidak berdaya dan belia menjangkau belia (menegur, memberi nasihat, saling mengasihi dan lain-lain) adalah antara caranya.
18. Kita juga harus sentiasa menjaga tutur kata, tidak mengejek orang kurang upaya, menghormati agama dan bangsa orang lain.
19.Bersikap jujur dan ikhlas dalam pekerjaan, dan Tuhan akan memberi rezeki yang diperlukan.
20. Melakukan sesi perdamaian dalam keluarga sendiri atau dalam kumpulan pelayanan dan komuniti agar perhubungan baik sentiasa tersemai.        

Panggilan tahunan Prapaska oleh Gereja bertujuan menjemput, menggalakkan dan mencabar kita, sebagai umat Kristian untuk membuat keputusan tertentu, melaksanakan tindakan yang sesuai dan memudahkan proses yang perlu selaras dengan iman kita, dan konsisten dengan nilai-nilai Injil. 
Sr Maria berharap agar segala yang dipelajari melalui kempen tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta dapat dikongsi serta disebarkan kepada sesama yang belum berkesempatan untuk menyertai sesi ini. 

Segala bahan-bahan/nota-nota yang digunakan dengan izin adalah hasil usaha dari Archdiocesan Office for Human Development (AOHD), Kuala Lumpur. Anda boleh melawati laman sesawang: https://lentmy.wordpress.com/ untuk rujukan kempen setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent