Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 6, 2015

'Welcoming Juniors' di St. Paul, Balung

Oleh Maxwel Elity Sulaiman
TAWAU : Pada 1hb Februari yang lalu, satu program yang dinamakan "Let’s Welcome Our Buddies" telah dijalankan di St. Paul, Balung bertujuan menyambut kedatangan 31 orang pelajar baru Institut Pengajian Tinggi; 11 dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan 20 dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau.  Turut hadir bersama pada masa itu adalah saudara Herry Francis Kamuntah dan saudari Irene mewakili Kerasulan Belia Paroki (KBP), Pelayanan Pelajar Kampus, Paroki Holy Trinity. 
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah ice-breaking, permainan dan nyanyian lagu-lagu pujian. Aktiviti dimulakan jam 2.30 petang selepas selesai memasak dan makan tengah hari. 
 
Aktiviti dimulakan dengan sesi ice-breaking yang dipimpin oleh saudara Maxwell Elity. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat mengenali satu sama lain. Ianya disusuli dengan acara puji-pujian yang dikendalikan oleh saudara Anthony Gentineo dari UiTM.
Acara seterusnya, permainan berkumpulan, dikendalikan oleh saudari Nes Sandra. Permainan-permainan tersebut adalah "Fall For You" dan "Table of Trust". Permainan tersebut dapat memupuk kerjasama antara pelajar-pelajar dari kedua-dua kampus yang berbeza.
Acara akhir ialah sesi perkongsian. Para pelajar baru mengongsikan kesyukuran mereka dan harapan selama mereka berada di Tawau. Wakil KBP, saudara Herry menyampaikan ucapan alu-aluan sementara saudara Maxwell memimpin dalam doa penutup. Acara tamat pada kira-kira jam 4.00 petang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent