Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 10, 2015

Hari Doa Sedunia Menentang Pemerdagangan

Oleh : Cristhellah Raimin

Sandakan : Pada Ahad, 8hb Februari yang lalu, sempena menyambut Pesta St. Josefina Bakhita, Pusat Kebajikan Good Shepherd, (PKGS) Sabah telah menganjurkan Hari Doa Sedunia menghentikan perhambaan moden di St Mary's Youth Hostel. Seramai 27 penghuni asrama dan 9 orang pelawat termasuk 4 orang kakitangan PKGS telah menghadiri acara tersebut.

Sesi yang berlangsung selama 3 jam, padat dengan aktiviti seperti penayangan video yang menceritakan perjalanan hidup St. Josefina Bakhita. Dia dilahirkan di Sudan pada tahun 1869, dan diperhambakan semasa kanak-kanak sehinggalah beliau dijual kepada seorang diplomat Itali dan dibawa ke Itali. Beliau kemudian dibebaskan dengan bantuan Canossian Daughters of Charity. St. Bakhita mula mengenal Tuhan dan melayaniNya, sehingga kematianya pada tahun 1947. Beliau diangkat menjadi seorang sangti pada tahun 2000. Para penghuni asrama turut memberikan perkongsian daripada cerita St.Josefina Bakhita tersebut.
Cristellah dari PKGS
Sr Maria Dipal rgs
Penghuni St.Mary’s Youth Hostel juga turut menyediakan persembahan nyanyian untuk para pelawat dan kakitangan PKGS sebagai tanda ucapan terima kasih. Sesi ditutup dengan Doa St. Josefina Bakhita dan doa untuk kebebasan dan martabat sama rata bagi umat manusia. Doa dipimpin oleh Sister Maria, sister gembala baik. 

Sesi yang singkat ini mampu memberi kesan yang bermakna kepada semua yang hadir, terutamanya golongan muda. Mereka diseru dan dipimpin turut serta menentang, menyedari dan berdoa agar perhambaan moden dan ketidakadilan di dunia pada masa kini dapat dihentikan demi kedamaian, keadilan, dan kebebasan semua bangsa. Seruan tersebut adalah seturut dengan suara Yesus dalam Matius 25 : 40, “Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku.’’ 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent