Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 23, 2015

PEMBERKATAN DAN PERASMIAN CHAPEL BARU ST SIMON KG. TIMPUS, PAITAN

Artikel dan gambar oleh : G. Bell 

Paitan : Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dalam lawatan pastoralnya selama dua hari ke Paitan pada 17hb dan 18hb Januari telah menyempurnakan upacara pemberkatan dan perasmian Gereja St Simon, Kampung Timpus yang terletak 206 KM dari Pusat Bandar Sandakan.

Turut serta dalam acara tersebut yang dilaksanakan pada 17hb Januari ialah rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan, Rev. Fr. Thomas Makajil, Sr. Appolonia Gumpu fsic serta rombongan dari Katedral St. Mary.

Bacaan Pertama : 1Sam. 3:3b-10,19; Mazmur : Mzm. 40:2,4ab,7-8a,8b-9,10; Bacaan Kedua : 1Kor. 6:13c-15a,17-20; Injil : Yoh. 1:35-42 
Misa dirayakan oleh Uskup Julius bersama dengan Fr Thomas Makajil dan dihadiri kira-kira 150 umat.
Rev. Fr. Thomas Makajil membaca INJIL
Bacaan INJIL menceritakan Yohanes memperkenalkan Yesus sebagai Anak Domba Allah. Sebelum ini, Yohanes bercerita tentang nabi-nabi di Perjanjian Lama yang menantikan Mesias. Kemudian murid-murid Yohanes mengikuti Yesus lantas tinggal bersamaNya, melihat dan belajar daripadaNya.
  
Bapa Uskup dalam homilinya

Uskup Julius menekankan kepentingan hubungan peribadi dengan Tuhan Yesus. Taat dan setia mendengar Sabda Yesus adalah tanda kita tinggal bersama Yesus. Beliau berkata, "Chapel baru ini menunjukkan Yesus menghendaki supaya kita tinggal bersama Dia". Rumah ibadat Kristian ini membantu orang lain mengenali kita sebagai pengikut Kristus anak domba Allah yang menghapus dosa dunia. 

Katekis Damasus Kayun mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas segala usaha Gereja membantu membangunkan penduduk-penduduk Paitan.
Ketua Katekis Paitan, Sdra Peter Saimin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara tersebut ; umat-umat Katolik Katedral St Mary, Sandakan atas bantuan material juga sokongan moral dan komuniti setempat atas kerjasama yang erat. Kehadiran Bapa Uskup adalah tanda komitmen Keuskupan bagi Misi Paitan. Acara ini merupakan satu sejarah bagi komuniti Katolik Paitan.
Rev. Fr. Thomas Makajil mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan Bapa Uskup Julius ke Paitan.
Fr. Thomas memanjatkan syukur kepada Tuhan atas kejayaan pembinaan chapel baru, St Simon. Beliau menyeru semua golongan; dewasa, muda mudi juga kanak-kanak agar menggunakan chapel ini dengan sepenuhnya demi memantapkan lagi iman mereka. Fr. Thomas mengajak umat Katolik setempat agar berusaha untuk menjadikan Paitan sebuah Paroki pada masa akan datang. Katanya, 'Banyak lagi yang perlu diusahakan oleh umat setempat agar komuniti Kg Timpus kekal kukuh. Ini memerlukan komitmen setiap umat yang hendak melayani dengan lebih sungguh.' 
Uskup Julius memberi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada yang terlibat atas usaha-usaha mereka  memperkembangkan Gereja di Paitan.
Bapa Uskup Julius dalam ucapanya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan untuk pembinaan chapel St Simon. Beliau mengajak umat setempat agar sentiasa  menjaga chapel tersebut dengan baik dan menggunakannya demi tujuan perkembangan rohani.

Beliau berkata, 'Saya sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan Misi Paitan oleh Fr. Thomas. Saya berharap umat setempat sentiasa berkerjasama dengan paderi yang bertugas di sini untuk membangunkan juga menyebarluas iman kita.'

Sejak wujudnya Misi Paitan pada 1984, iman Katolik telah berkembang dengan luas di daerah Paitan. Beliau berterima kasih kepada usaha-usaha misioneri awal yang datang dari Sandakan. Mereka banyak berkorban demi iman Katolik. Mereka mengharungi pelbagai rintangan seperti menggunakan jalan balak dan menyeberangi sungai untuk tiba ke Paitan.

Uskup Julius mengajak umat agar bersyukur kepada Tuhan atas anugerahNya dan berdoa agar sentiasa taat dan setia kepada Tuhan. 
Rt. Rev. Julius D. Gitom menandatangani dokumen  pemberakatan dan perasmian Chapel St. Simon Timpus. Paitan.
Uskup Julius memimpin Doa Makan di Dewan Tadika Kg. Timpus, Paitan

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent