Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 11, 2014

AJK YLC-4 Buat 'Courtesy Call' Pada Fr Jasery.

Laporan dan Gambar oleh : 
Javy James dan Bertram Lansing
TELUPID – “Berbahagialah orang yang suci hatinya, kerana mereka akan melihat Allah”. Itulah tema yang diperolehi semasa mesyuarat YLC-4 ke-6 pada 6hb Disember 2014 di bangunan PRIDE, St. Martin Telupid. Mesyuarat ini dihadiri bersama Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel, Rektor Gereja St Martin, sdra Albert Andau, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Telupid (MPPT) serta ahli-ahlinya.
.
Objektif utama 'Courtesy Call' ini dibuat adalah untuk membentangkan dan menjelaskan kepada Rev. Fr. Jasery serta MPPT berkenaan dengan objektif dan misi Youth Leader’s Camp (YLC). Pembentangan ini telah disampaikan oleh Anna Teresa Amandus, Koordinator Kerasulan Belia Keuskupan (DYA) Sandakan. Turut hadir bersama adalah Hildy Albert, Koordinator Kerasulan Belia Paroki (PYA) serta para AJK YLC-4.
Para AJK YLC-4 menyuarakan keinginan dan keperluan bagi memastikan YLC yang ke-4 ini berjalan dengan lancar dan jayanya melalui kerjasama dari pihak MPPT.
Penjelasan dari Paderi Paroki serta pihak MPPT telah membawa berita baik kepada AJK Pelaksana dalam pengurusan YLC-4 yang dijadualkan pada 25hb Feb – 1hb Mac 2015 nanti. Pihak MPPT bersedia memberi bantuan dari segi kewangan, tenaga juga persediaan infrastruktur asas. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent