Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 7, 2014

PERKONGSIAN PESERTA KEMUNCAK PYOP 2014 DI PAROKI ST. MARTIN TELUPID

Dikumpul dan disusun oleh Javy dan Betram 

Perkongsian daripada peserta Kemuncak PYOP 2014

“Sepanjang program Kemuncak PYOP, antara sesi yang menyentuh hati saya adalah ‘Lectio Divina’. Banyak yang telah saya pelajari. Contohnya, belajar menghargai apa yang ada di hadapan kita (keluarga). Dari apa yang saya perhatikan sepanjang berada dalam kumpulan, perkongsian mereka mengenai keluarga dan komuniti banyak menyentuh hati saya. Selain itu, saya dapat bergembira bersama-sama rakan belia dari zon yang lain dan yang paling penting, TUHAN YESUS KRISTUS senantiasa berada bersama-sama kita. Amen!” 

Jefreydy Dalimin (Peserta dari Zon Pekan) 



“Bagi saya, sesi yang sangat menyentuh hati saya adalah sesi 1, 3, dan 7. Sesi 1 (Dosa dan bagaimana ia terjadi), berkenaan dengan 7 dosa. Bagi sesi 3 (7 Tahap Iman), saya dapat mengetahui di manakah tahap iman saya berada. Tahap iman yang saya adalah iman para murid. Saya sebagai belia yang belum lagi mendekati/mengikuti Tuhan Yesus, akan terus berusaha dengan mengkuti seminar dan aktiviti sepertimana Yesus membimbing murid-murid-Nya. Di dalam sesi 7 (Discernment: How Deep is Your Faith?), kami diminta untuk memilih lingkaran 1 atau 2 mengikut hati kami. Lingkaran yang saya pilih adalah lingkaran 1 “si Aku”. Dalam sesi ini, iman saya diasak. Saya memang sangat ingin menyertai program seperti ini kerana apabila berada di dunia luar, kuasa iblis sangat kuat. Melalui asakan iman yang saya terima, sedikit sebanyak saya dapat mengelak godaan duniawi. Puji syukur kepada Tuhan Yesus kerana selama hidup saya, Dia telah membimbing saya. Amen! Akhirnya saya dapat rasakan sesuatu di dalam Kemuncak PYOP ini. Dalam perjalanan kami menuju ke Gereja St. Martin, saya hanya merenungkan kepada tema PYOP 2014 "Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari, terima, dengar dan lihat padaKu" (Filipi 4:9) dan saya berkata dalam hati saya, "Saya akan lakukan apa yang telah saya pelajari, terima, dengar, dan lihat dari-Mu. Amen". Jadi kepada semua rakan-rakan belia, apa yang kita telah pelajari, terima, dengar dan lihat, marilah kita lakukannya bersama. Untuk terus melayani. Amen!” 
Erickson Mac (Peserta dari Zon Jalan Sapi/Nangoh) 


“Shallom, sepanjang program Kemuncak PYOP 2014 saya telah memperolehi  banyak manfaat. Saya pelajari tentang 7 tahap iman dalam sesi ketiga. Kini saya sedar tentang tahap iman saya. Saya perlu berusaha membaiki diri agar lebih matang dalam iman. Saya mempelajari mengasihi sesama bukan sekadar dalam perkataan tetapi juga dalam perbuatan. Program ini juga membantu diri saya untuk berani bersaksi di hadapan rakan-rakan sebaya.  Saya faham tentang tanggungjawab belia terhadap gereja. Selain daripada itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan di antara belia dari zon-zon yang lain dan dapat berkongsi pengalaman/pendapat antara satu dengan yang lain. Saya sangat bersyukur kerana dapat mengikuti program ini.” 

Marney Ambrose (Peserta dari Zon Jalan Ranau) 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent