Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 8, 2012

Seminar Penyambutan Di SDC Lahad Datu

Oleh Maria Masang, PMG, SDC Lahad Datu

Lahad Datu : Pada 21hb - 23hb September, Seminar Penyambutan untuk para calon penyambutan pertama telah diadakan di Gereja Katolik St. Dominic. Seramai 117 calon termasuk dari beberapa outstasi telah menyertai seminar ini.
Pada hari pertama, Jumaat 21hb September, seminar dimulakan dengan sesi pendaftaran diikuti dengan sesi suai kenal.  Sr. Florence fsic, mengendalikan sesi pembentukan iman dengan tajuk ‘DOA.’ disusuli dengan  bengkel yang disertai secara aktif daripada semua calon. Doa Rosari di grotto turut diadakan pada sebelah petang.
Pada hari kedua, Sabtu 22hb September, sesi dikendalikan oleh Fr.Simon dengan ceramah yang berkaitan dengan ‘EKARISTI’. Fr.Simon turut menasihati para calon yang akan menyambut ini agar tidak hanya menyambut tetapi mendalami iman tentang tubuh dan darah Yesus. 
Seminar diteruskan dengan ujian lisan dan selepas itu dituruti dengan permainan (ice breaker).  Pada sebelah malam, setiap kumpulan diberi kesempatan membuat persembahan ~ mempamirkan kebolehan juga semangat kerjasama dalam kumpulan masing-masing.
Pada hari terakhir, Ahad 23hb September, bengkel dan seminar pembentukan bersama Ibubapa dan pelajar diadakan seawal jam 7 pagi. Soalan-soalan diberikan kepada para Ibubapa juga pelajar dan mereka berbincang dan mengongsikan bersama dalam kumpulan masing-masing. Dalam sesi tersebut, penerangan mengenai  gerak geri dalam misa kudus turut disampaikan oleh Saudara Yakobus Palea. Seminar diakhiri dengan raptai misa penyambutan di dalam gereja. Para calon akan membuat pengakuan pada 16hb dan 17hb Oktober 2012 sebelum mengikuti penyambutan yang pertama pada 21hb Oktober 2012 dalam misa yang ketiga ( Misa Kudus khas untuk Sakramen Penyambutan Pertama).

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent