Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 23, 2012

DOA TRIDUUM SEMPENA ULANG TAHUN KE-5 DIOSIS SANDAKAN

ds/aa Photo oleh Bro.Bell
Groto Bonda Maria
Sandakan - Empat tahun telah berlalu dan tidak lama lagi Diosis Sandakan akan merayakan ulang tahunnya yang ke - 5. Ini merupakan satu anugerah dan berkat dari Tuhan kerana ada perubahan yang baik meskipun berada dalam ketidak sempurnaan didalam Diosis sejak kewujudannya pada 15 Oktober 2007 yang lalu. Kini perayaan ulang tahun ke - 5 Diosis kembali dirayakan dan Paroki Katedral St Mary, Sandakan sebagai tuan rumah bagi penganjuran kali ini.
Doa Triduum selama tiga malam akan diadakan pada 22 Oktober sehingga 24 Oktober 2012,  jam 7.30 malam bertempat di hadapan Groto Bonda Maria. Umat di Paroki Katedral St Mary, Sandakan adalah dialu-alukan menyertai doa ini.

Marilah kita sama - sama sebagai  satu gereja mendoakan kejayaan, kelancaran dan cuaca yang baik bagi penganjuran tiga perayaan besar Diosis Sandakan iaitu:-
  • Perasmian Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan - 26 Oktober 2012 pada jam 9.00 pagi
  • Ulang Tahun Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom sebagai Uskup Diosis dan Ulang tahun ke - 5 Diosis Sandakan yang akan dirayakan dalam jamuan makan malam di Dewan Yu Yuen pada 26 Oktober 2012, jam 7.00 malam.
  • Perayaan Ekaristi Ulang tahun ke - 5 Diosis Sandakan di Katedral St Mary pada 27 Oktober 2012 jam 9.00 pagi dan diikuti dengan jamuan makan tengah hari di Dewan Paroki St Mary.

Gambar - gambar Doa Triduum hari pertama pada 22 Oktober 2012.
"The devil smiles when we make plans.
He laughs when we get too busy.
But he trembles when we pray."
-Corrie Ten Boom-
'...di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Ku, di situ Aku ada ditengah - tengah mereka.' - Matius 18:20
Kelihatan Katedral St Mary tersergam indah.
Doa Triduum diakhiri dengan memberikan salam-damai diantara sesama.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent