Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 23, 2010

YouthPrepLink menjangkau Belia Telupid


TELUPID – Program  Persediaan dan Penjangkauan Remaja atau YouthPrepLink yang dikendalikan oleh Unit Belia Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) mendapat sambutan di luar jangkaan apabila menerima penyertaan seramai 80 umat beriman, disini.

Program yang  turut  menadapat  galakan dari Paderi Paroki, Fr. Marcellinus Pongking itu bermula 11:00 pagi pada 17 Oktober 2010, diketuai oleh Sister Jossie Sili (PKGS) dan dibantu oleh tiga kakitangan PKGS dan seorang sukarelawan.

Menurut Sr. Jossie, program seumpama telah dimulakan di Keuskupan Agung Kota Kinabalu dan Keuskupan Keningau selama 5 tahun sejak 2005 dan merupakan yang pertama di Paroki St. Martin dalam Keuskupan Sandakan.

Walaupun program ini tertumpu kepada golongan remaja, para ibu bapa turut menyertainya dengan harapan mendapat input dari program ini.

“Tujuan utama program YouthPrepLink ini diinisiasikan adalah untuk membantu para remaja yang bakal dan berpotensi untuk berhijrah sama ada untuk melanjutkan pelajaran ataupun bekerja di bandar. Ia (program) direka khas untuk memberikan mereka maklumat dan sebelum berhadapan dengan realiti yang sebenar”, jelas Sr. Jossie.

Menurutnya lagi, menyedari majoriti daripada para belia ini kurang bersedia menghadapi kejutan budaya dan perubahan yang perlu mereka lalui untuk hidup di bandar, program ini suatu tindakan konkrit untuk membantu para remaja.
Sr. Jossie (rgs)
Sixtus Pitah
Julita Keliki
Jill Joseph
Deannis Patrick
Selesai sesi taklimat oleh Sr. Jossie, Penerangan Kandungan Program disampaikan oleh Dennis Patrick yang merangkumi semua aspek modul program yang dibantu oleh Sixtus Pitah, Jell dan Julita Keliki.

Hasil program ini, Paroki Telupid telah menubuhkan Kordinator YouthPrepLink bagi membantu para remaja di paroki ini yang terdiri dari golongan tinggal di kawasan pendalaman dan program dijangka dimulai tahun hadapan (2011):

1.             Penasihat                            : Fr. Marcellinus Pongking (Paderi Paroki)
2.             Kordinator                          : Hildy Boy Albert
3.             Urusetia                              : SOCCOM Paroki
4.             Pembangunan Insan             : Helena  Salati
5.             Bahasa Inggeris                   : Anthony Kasim
6.             Makan/minum                     : Arinah Anggatis             

TAMAT
Oleh:     SOCCOM Telupid
Teks dan foto oleh: Lawrence Matusin

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent