Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 15, 2009

Ulangtahun yang kedua Keuskupan Sandakan






Khamis, 15hb Oktober 2009 bakal menjadi satu lagi tarikh bersejarah bagi Keuskupan Sandakan dan Rt Rev Julius Dusin Gitom sebagai Bapa Uskup pertamanya. Tarikh ini menjadikan genap 2 tahun terbentuknya Keuskupan Sandakan dan pentahbisan Rt Rev Julius Dusin Gitom sebagai Bapa Uskup.

Demi hari yang berbahagia dan penuh kesyukuran ini, Bapa Uskup mengambil inisiatif untuk merayakannya bersama para staf Keuskupan dan staf dari pejabat paroki Katedral St Mary, Sandakan dengan menjemput mereka ke majlis ringkas makan tengah hari sempena ulangtahun. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Rev Fr Thomas Makajil, Rev Fr Paul Lo dan Sr Appollonia Gumpu, fsic.

Tujuan Bapa Uskup mengadakan sambutan ini ialah sebagai tanda terima kasihnya terhadap para kakitangan turut sama berusaha membantu merealisasikan impiannya bagi menjadikan Keuskupan terus teguh, bertahan dan berkembang. Selain itu, yang paling penting setakat 2 tahun ini ialah Tuhan yang Mahakuasa terus menerus melimpahi berkatnya serta mengutus pelindungnya agar segala cabaran dan dugaan sewaktu proses perkembangan Keuskupan dapat dilalui dan ditangani dengan baik.

Marilah kita mohon kepadaNya agar segala Visi dan Misi Keuskupan Sandakan dan impian murni Bapa Uskup kita, Rt Rev Julius Dusin Gitom menjadi kenyataan pada tahun-tahun yang mendatang.

AMEN.






No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent