Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 1, 2009

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN KERASULAN WANITA PAROKI SANTA MARIA SANDAKAN

SANDAKAN: Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kerasulan Wanita Katolik Paroki Sandata Maria bagi sessi 2009-2011 telah diadakan pada 22hb Ogos 2009 bertempat di Bilik Katekatikal Katedaral Santa Maria Sandakan. Seramai 60 orang perwakilan daripada setiap Sub Paroki iaitu: Katedral St. Mary Sandakan, Gereja St. Mark, Chapel St. Peter Sg. Manila, Gareja St. Paul Ulu Dusun, Chapel St. Emmanuel, Jaya dan Our Lady Of Fatima Beluran Sandakan.

John Baptis duduk sebelah kanan
Mesyuarat Agung Agung ini dihadiri oleh En. John Baptis selaku pengerusi Majlis Pastoral Paroki Cathedral St. Mary dan Sister M. Lilian Unsoh (FSIC) selaku ahli kehormat Kerasulan Wanita Katolik Paroki.


Album kenangan Kerasulan wanita

Sebelum mesyuarat persiapan rohani dengan pembacaan yang dipetik dari Kitab Yehezkiel 36: 26 Kamu akan Kuberikan hati yang baru, dan roh yang baru di dalam batinmu dan Aku akan menjauhkan dari tubuhmu hati yang keras dan Kuberikan kepadamu hati yang taat. Seterusnya pembacaan dari INJIL dan ceramah pertama telah disampaikan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil serta disusuli oleh ceramah kedua oleh Sr. M. Lilian Usoh.


Berikut Adalah Ahli Jawatan Pelayanan Bagi Sesi Tahun 2009-2011.
Penyelaras: Pn. Annie Rokneh Jalani
Penolong Penyelaeras: Pn. Cecelia D’ Souza
Setiausaha: Pn. Helda Laurencius
Penolong Setiausaha: Pn. Brenda De Guzman
Bendahari: Pn. Dora Ho
Penolong Bendahari: Pn. Siony Fiel

Ahli Jawatan Pelayanan:
Pn. Milanie Michael (St. Paul)
Pn. Joana Lim (Our lady Of Fatima)
Pn. Adriana Lina Sampong (St.Mark)
Pn. Maureen Murugung (St. Petrus)
Pn. Azilin Ajan (St. Emmanuel)
Pn. Rosaline Philip (St. Paul)
Pn. Helda Merusin (Our Lady Of Fatima)
Pn. Merynah Kaong (St. Emmanuel)

Ahli Jawatan Pelayanan:
Pn. Ferdee Mariano (St. Mary)
Pn. George R. Casuple (ST. Mary)
Pn. Atilvia Intal (St. Mark)
Kerasulan Wanita sering mengadakan aktiviti sosial, kebajikan dan kerohanian seperti mengadakan Seminar Kefahaman Liturgi, Seminar Kepimpinan, retreat dan perhimpunan tahunan, lawatan-lawatan ke kawasan yang memerlukan seperti hospital dan ke zon Paitan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent