Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 24, 2009

Lawatan Muhibbah


Belia Sandakan bersama belia Lahad Datu

Musim cuti pada bulan September tidak disia-siakan oleh pihak Tim Pelayanan Muzik Belia Sandakan kerana untuk julung-julung kalinya satu lawatan muhibbah ke paroki St Dominic Lahad Datu telah diadakan pada Ahad, 20hb September 2009 untuk mengeratkan perhubungan dan untuk saling mengenal antara kedua-dua tim pelayanan muzik dengan lebih dekat.

Lawatan ini adalah susulan daripada aktiviti Kem Muzik dan Konsert yang telah dianjurkan di Sandakan pada bulan Jun yang lalu di mana salah satu objektif aktiviti tersebut adalah bagi menyebarkan sayap pelayanan sejauh yang mungkin dalam bidang muzik untuk meneruskan misi Tuhan.

Belia Sandakan bersama Sr Lilian fsic

Rombongan seramai 12 orang telah turut serta dalam lawatan ini yang diketuai oleh Animator Belia Sandakan, Sr Lilian Unsoh, 8 orang dari Katedral St Mary dan 3 orang dari Gereja St Paul Ulu Dusun.

Rombongan yang bertolak seawal jam 6.30 pagi dari Sandakan ini juga telah disambut dengan penuh rasa rendah diri dengan cinta kasih Tuhan daripada Tim Pelayanan Muzik Belia Lahad Datu yang diketuai oleh Fr Simon Kontou dan Ko-ordinator Belia Lahad Datu, saudara Rikkie Teneros.

Setibanya di Lahad Datu, Tim Pelayanan Muzik Belia Sandakan telah turut serta dalam pelayanan koir semasa misa yang dirayakan oleh Fr Simon Kontou sendiri. Selepas itu kedua-dua tim pelayanan muzik mengambil kesempatan untuk mengenali satu sama lain dalam acara 'Ice-Breaking'.

Setelah makan tengahari, kedua-dua tim telah mengadakan sesi Puji-pujian dan seterusnya masing-masing telah mengambil bahagian dalam sesi perkongsian di mana banyak pengalaman telah disampaikan dengan penuh penghayatan daripada petikan sabda Tuhan yang telah dibacakan.

Sesi perkongsian

Kedua-dua tim pelayanan muzik melahirkan rasa penghargaan terhadap satu sama yang lain ekoran lawatan yang telah dianjurkan. Diharapkan melalui lawatan ini, kerjasama yang erat dapat terjalin untuk projek-projek belia yang akan dianjurkan kelak.


Sewaktu sesi bertukar cendera kenangan

Artikel oleh Chris Aban dan foto oleh Sr Lilian fsic

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent